SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, November 14, 2011

Ayu's Wedding




hari sabtu, 12 november, cik zira ke permas jaya atas undangan perkahwinan ayu, teman melalui blog ni. dia pernah beli shawl dengan cik zira. berkawan pun lepas tu. jadi, disebabkan takde urusan lain, dapatlah pergi memandangkan ayu sendiri hantar kad ke rumah.




nasib baik kebetulan chenta hati 2 ada lagi kat rumah, tak balik UPNM, jadi angkut dia sekali. adalah peneman. beli hadiah masa keluar tu jugak. nasib baik dah tahu nak beli apa. chenta hati 2 yang tolong balutkan hadiah dalam kereta. penyudahnya, dia pening lepas tu buat kerja dalam kereta. kesian dia.




cik zira pakai baju raya tahun lepas yang baru 3 kali jek pakai tak silapnya. kali ini cik zira padankan dengan tudung baru, ecewah. tudung syria chiffon 2 layers warna turqoise. baju tuh kan macam-macam warna, jadi nak pakai banyak kali pun takpe janji tudung lain-lain warna,, hehe


 huhu, gelap gambarnya

dalam perjalanan



sampai tu hujan. memang dari awal nak pergi hujan lebat, jadi bila dah teduh sikit terus keluar rumah. dahlah jalan jam teruk dekat permas tu. pukul 3 lebih jugak sampai rumah ayu. sampai suruh chenta hati 2 makan dulu, cik zira makan bubur dengan minum air jek sebab baru je lepas makan nasi ayam penyet bik ani kat rumah, jadi perut masih penuh, nasib baik chenta hati 2 ada, suruh dia yang makan dulu.






lepas makan, tunggu kawan-kawan pengantin bergambar. bila dah lengang, baru cik zira jumpa ayu. dia macam tak perasan mula-mula. tapi dah dekat, baru dia tahu. siap ayu tahu cik zira datang dengan chenta hati sebab dia kan rajin baca blog MERAH cik zira ni,,, =)


 ayok, baju mengembang terus nampak macam buncit. 
slim jek sebenarnya saya,,, ngee
siap ada cahaya, terus tak nampak muka hamba,, aduhai

si pengantin yang ayu dan cik zira MERAH




bergambar tak banyak. itu pun guna kamera enpon jek, jadi gamba tak cantik. tak jelas. tapi bolehlah kan bergambar dengan pengantin buat kenang-kenangan.






lepas bergambar, bersalam kejap je, salam mak pengantin dan terus pulang. tapi singgah di giant dulu dan dah dapat hadiah untuk VIP. yay!! sempat tu dalam pergi majlis orang, dapat hadiah untuk majlis sendiri. syukur,,, =)






itulah kisah hari sabtu cik zira. hari ahad? keluar uruskan kerja sikit-sikit je. em, lagi 27 hari je lagi...






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 13 november 2011 10.06 a.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails