SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, November 30, 2011

hai lah Jakel, nasib baik takde yang lawa sangat-sangat!





semalam tengah hari, lepas jek menghantar barang hantaran untuk digubah dekat Mutiara Rini, cik zira terus ke Jakel walaupun jalan dah berpusing. tetap gagahkan jugak menuju ke gedung fabrik terkemuka yang tengah mengadakan Jualan Hebat Besar-Besaran itu.






niat awal nak beli kain chiffon je tau. sebab ingat nak tanya mana-mana kedai jahit yang boleh buatkan syria chiffon macam cik zira punya koleksi tu. tu yang cuba jek beli kainnya dulu. nanti bila-bila senang boleh lah hantar jahit. nak jahit sendiri memang tak akan lah! bik ani memang pandai jahit tapi dia sibuk, tak nak lah susahkan dia pulak.






nak dipendekkan cerita. masuk jek memula cari kain lycra, tapi corak semua tak cantik langsung. dahlah mahal pun semeter lepas diskaun. kemudian cari kain chiffon, memang banyak jenis dan kat jakel tampoi tu, harga kain chiffon yang paling murah ialah RM 3.80 semeter. dah puas cari. itu yang paling murah.






akhirnya, puas mencari, cik zira beli jelah kain chiffon bertona sebanyak 3 meter dengan 3 warna berlainan. akak tu kata kalau nak buat tudung semeter cukup untuk 1 tudung. sebab cik zira tunjuk syria layers yang cik zira pakai, dia kata semeter. beli jelah. yang cik zira beli tu semeter RM 4.90 sebab harga asal dalam RM 8.90 macam tu rasanya. alah, jenis kain yang orang dah buat shawl tu. nak cuba lah boleh tak buat syria layer.


nak buat macam syria yang cik zira pakai ni




selain tu, cik zira belikan kain pasang untuk bik ani, atok ngan bik moi. jenis kain cotton biasa tu. harga dia RM 58, tapi harga promosi RM 25. tu yang belikan sorang satu. 






memang ingat kalau ada kain yang cantik coraknya yang cik zira berkenan, nak lah amek untuk diri sendiri jugak. yelah, dah lama kan memang tak tempah baju. baju baru untuk kerja pun takde. lagipun memang tak suka beli kain tempah ni, lambat siap. suka beli yang dah siap, terus pakai, harga pun ok. dan nasib baik tak tengok yang cantik dekat belah atas, yang tu memang banyaklah berkenan, tapi mahal lah memang,, huhu






nasib baik takde yang cantik. cukuplah untuk mereka bertiga di rumah.






cik zira takkan beli kain chiffon 3 meter jek?,,, ;)






tak, mestilah ada tambahan. cik zira beli tudung harga RM 10 sehelai, nak jadikan inner untuk pakai dengan syria chiffon yang jarang. awning dia thai silk, tu yang beli. belilah 5 helai.






jadi, total belanja dekat Jakel RM 139.70 untuk 3 meter kain chiffon, 3 pasang kain cotton dan 5 helai tudung.





padahal niat nak beli kain chiffon tu je yang berharga RM 14.70. dah terlebih-lebih pulak. takpe-takpe, bukan belikan orang lain pun. keluarga sendiri jugak.






kena pesan dekat diri sendiri. nampak gaya makin nak majlis makin banyak membeli belah. padahal duit banyak nak guna ni. siap ada beli koleksi tudung syria baru lagi coming soon... aduhai cik zira. cukuplah. tak nak beli apa-apa dah lepas ni ye. janji!







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 30 november 2011 7.59 a.m.

5 comments:

Afasz said...

byk ke yg cantik2? murah ek? apa lg yg di jual ek?

Cik Puan Bunga said...

Akak pun hari tu borong chiffon. Nak buat syria. Ini tengah gigih memotong dan menjahit! Hihihi!

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Cik FaRiZaM :



banyaklah dEar. pergi jelah masuk jakel tu, mesti banyak beli,, =)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Cik Puan Bunga :



itulah, kak bunga pandai jahit, untunglah. kt tak pandai, tu nak hantar kat orang buatkan,, hehe



chaiyok kak bunga!!

mama cat said...

Wah murahnya dpt rm3+ semeter..sy beli ari tu yg heavy chiffon rm7 semeter..huhu..btw follow my blog ye 😊

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails