perkara nikah kahwin ni tak boleh dibuat main terutama pasal wali. sebab wali ni merupakan salah satu rukun nikah. jadi, masa nak daftar nikah tu, orang pejabat agama akan tanya pasal wali dan kalau yang utama sudah tiada, orang pejabat agama tersebut akan tanya susur galur pula siapa yang berhak menjadi wali.
macam Qila, sepupu cik zira ni, ayah dia dah meninggal, arwah uncle jas. jadi, yang menjadi wali untuk nikahkan qila ialah adik qila, aqil. itulah wali yang berhak jika ayah tiada. namun, kena pastikan adik kandung lelaki itu sudah pun cukup umur untuk menjadi wali.
sebelum upacara akad nikah. tok imam datang berjumpa dengan qila bersama aqil untuk sedikit pengesahan menandakan aqil mewakilkan tok imam untuk menikahkan kakaknya itu. siap ada akad jugak tau untuk wali wakilkan tok imam untuk akad nikah. cik zira dapat tengok sendiri bagaimana proses itu terjadi.
cik zira nanti, abah lah yang wali tapi pun akan wakilkan tok imam untuk nikahkan sebab abah tak berani katanya. abah cik zira pun kemungkinan besar akan balik JB jumaat atau sabtu nanti, dah nak dekat sebab keadaan makcik zie, mak muda cik zira yang masih belum sihat sepenuhnya. abah, makcik zie dan ina masih berada di Ipoh.
cik zira harap sangat masa upacara akad nikah, ijab dan kabul tu nanti semuanya berjalan lancar dan juga untuk keseluruhan majlis disember ni nanti. Amin.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 4 disember 2011 12.05 p.m.
No comments:
Post a Comment