baru sehari berpisah dengan buah hati kesayangan cik zira, encik suami, dah rasa rindu. walaupun dapat bersama hanya untuk seminggu lebih, tapi bila dah kahwin ni, rasa rindu lain macam bila berpisah macam ni. dulu masa belum kahwin, masa bertunang, 5-6 bulan tak jumpa pun tak apa. tapi, sekarang dah lain.
nak buat macam mana kan, sorang di penang, sorang di JB. masih belum dapat hidup bersama lagi. jadi, nak tak nak, kena pasrah lah berjauhan macam ni.
Insya Allah, cuti raya cina kalau cik zira tak sibuk, bolehlah balik penang, jumpa dengan buah hati tersayang.
tema gambar : pose nampakkan gigi sedikit,,, ;)
rindu suami. tapi kena bertahan. lagipun dah nak naik kerja dan akan sibuk sangat dengan kerja dan tugas semua. selesaikan tugas dan tanggung jawab sebagai seorang guru, nanti cuti, pergilah jumpa suamimu ye cik zira,,, ^___^
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 22 disember 2011 8.55 p.m.
4 comments:
Uiii kalo kak ct kna pisah lagu tuh,xtaulah camner,adeiiii mesti xtahan rasa rindu tuh,blk kg utk pntang pon,leh tahan 2mnggu,pastu dah nangis suh hb mai ambik,haha..Amboi pose nmpk gg eks,hihi..
xmintak pindah ke yang?
Zaliedana :
itulah kak ct. rindu kat suami, tapi kena sabar banyak-banyak. kena berkorban dulu,,, =(
cik chinta :
bulan 3 baru boleh apply pindah.
Post a Comment