SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, January 12, 2012

perasaan beberapa minit sebelum bergelar isteri.




mengenang kembali saat 11 disember. selalu kalau orang lain yang nak kahwin, mesti cik zira tak habis-habis tanya apa perasaan dorang. nak tahu jugaklah kan. berdebar ke, takut ke sedih ke.






bila tiba masa sendiri. ha, baru tahu apa rasanya.






dari malam sebelumnya dengan tido pukul 3 lebih pagi, pakai inai pun memang tak rasa apa. bangun pukul 6 pagi. bape jam je sempat tido. cuma tido jelah tak berapa nak lena mengenangkan apa nak jadi esoknya.






lagi beberapa minit pun tak rasa apa. semua tanya rasa takut tak. cik zira cakap tak. berdebar pun tak. rasa biasa sahaja. nak dengar akad pun tak boleh, kena duduk diam-diam dalam bilik. masa tok kadi datang dengan abah minta tandatangan pun, tak rasa apa. siap boleh berborak dengan tok kadi tu,,, ;)






serius tak tipu. cik zira memang tak rasa berdebar atau takut. cuma tanya dekat diri sendiri, " betul ke dah nak kahwin ni? betul ke dah nak jadi isteri orang?". itu yang cik zira tanya berkali-kali dalam diri.






bila dah selesai akad pun, orang kata ready nak naik jumpa suami, pun macam terpinga-pinga, ye ke? dah ke? dah jadi isteri ke? em, banyak soal betul kan. tapi ternyata, memang tak rasa berdebar langsung. apa punya pengantin lah kan.






masa dah naik untuk bacaan akad dan program sakinah tu, siap boleh tersenyum lebar pandang kamera semua. tetap tak rasa apa-apa. semua dah pandang pengantin perempuan yang tak boleh nak kawal perasaan gembira tersenyum je setiap masa. padahal tak tahu azab suami tu nak lafaz akad punyalah macam apa takutnya. si pengantin perempuan boleh rilek je.


tengoklah muka pengantin perempuan tu, senyum jek manjang!





masa baca-baca yang program sakinah pun boleh baca dengan tenang. baca gaya seorang cikgu. memang tak rasa sebak dan apalah macam tengok orang lain nangis-nangis tu. entah roh apa masuk dalam badan cik zira masa tu. hati riang semacam. nak sayu-sayu ke memang tak lah.






masa salam semua pun takde rasa nak nangis langsung. cuma, nangis sekejap je masa salam peluk cium bik ani. itu pun sebab bik ani nangis dulu. cik zira memang tak boleh nak tahan dah. masa salam atok, atok pun macam nak nangis, tapi dia boleh control. bik anilah nangis, kan dah ternangis jugak. tapi cepat-cepat cool kan diri balik. kejap je nangis, tak sampai 5 minit,,, hehe. mana tak nangis, bik ani dengan atoklah yang banyak berjasa dalam hidup cik zira. dah macam mak sendiri. jaga cik zira baik-baik. tu yang tak boleh tengok bik ani ke atok nangis. mesti sedih,,, =(






pendek katalah. memang perasaan sebelum nak akad tu, tenang sahaja. tak rasa takut, tak rasa berdebar. tersenyum sahaja berpanjangan. mungkin dah masa tak perlu nak nangis-nangis, Allah pun nak bagi tenang je. syukurlah.






ni pengalaman cik zira. pengalaman orang lain mungkin macam-macam. lagipun cik zira dah takde mak. mungkin kalau mak ada, ha, masa tu mesti nangis sedu sedan.






eh, oklah. dah sebulan dah pun jadi bini orang. tapi, kalau teringat balik memang kelakar pun ada. saja nak kongsikan dengan semua yang membaca.






okeh, Assalamualaikum.









~sekian~






k,adios!!!,,, by ; ierarahman rabu 11 januari 2012 9.00 p.m.

4 comments:

Cik FaRiZaM said...

congrate ..cantik merah, sama theme ngn kakak saya tahun lepas.

hazirah abdul rahman said...

terima kasih,,



nikah maroon, masa majlis MERAH mak ngah!

~azillakhalison~ said...

zila xbleh tenang..mase nak tunang aritu pon.berdebor2 haha

hazirah abdul rahman said...

itulah kan, perasaan orang ni lain-lain. kita memang tak rasa pape pun,, hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails