sabtu lepas, 14 januari, cik zira keluar rumah pukul 8 lebih terus menuju ke Taman Mawar, Pasir Gudang, ke rumah Kak Lah, teman sepengacara majlis. tunggu kak lah bersiap dan siapkan anak-anak. kemudian sampai di Tanjung Puteri Golf Resort dalam pukul 10 pagi macam tu.
14012012
sepatutnya ada lah raptai ke apa sebab majlis berprotokol, ramai VIP yang datang. tapi, penyudahnya, macam biasalah, kena lah pandai-pandai nak hidup. ketua protokol yang tak tahu kerja dia apa. sibuk buat kerja lain,,, huhu
duduk sana sampai pukul 3. solat zohor dulu kemudian makan tengah hari, kak lah belanja. makan nasi campur. lepas makan terus balik rumah kak lah siapkan teks pengacara majlis yang banyak perubahan. dah siap semua, solat asar, semak teks, print teks kemudian bersiap-siap.
sampai di sana terus maghrib dan bersedia untuk memulakan majlis. alhamdulillah cik zira berjaya buat yang terbaik dan ada silap sedikit pun bukan dari pihak pengacara tapi sama-sama bekerjasama dan majlis berjalan dengan baik. syukur.
Tn Haji Musa sangat kacak memakai baju melayu MERAH bersama isteri tercinta juga berbaju kurung MERAH sedondon.
keluarga Tn Haji juga hadir bersama meraikan persaraan ayahanda tercinta.
aturcara berjalan seperti dirancang cuma ada sedikit perubahan yang berjaya juga dijalankan dengan baik. terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan majlis bermakna untuk awal tahun ini sempena persaraan Guru Besar tersayang, Tn Haji Musa. lepas ni sama-sama tunggu kepimpinan GB yang baru yang tidak tahu siapa lagi empunya gerangan.
dekat portal PPD pun dah masuk senarai guru baru yang akan masuk SKTC. wah, katanta sampai 10 orang. bagusnya. tolonglah menyumbang bakti pula untuk SKTC. kuranglah beban sikit bila tambah cikgu baru sebab ramai cikgu dah ke SK Nusa Damai, sekolah yang baru buka tu.
cik zira ni pun, kalau ada rezeki berpindah pertengahan tahun, pun dah tak lama kat SK Taman Cendana. tapi sayang sangat rasa nak tinggalkan sekolah tu. SKTC best. rakan cikgu best, staf pekerja semua best. budak-budak pun best. pendek kata memang kalau boleh rasa macam nak je bawa SKTC ni pindah sekali ke penang. boleh tak gitu?,,, ^___*
sekali lagi, Tn Haji Musa, salam persaraan. selamat beristirehat bersama isteri dan keluarga tersayang. kami akan sentiasa merindui cikgu.
okeh, majlis besar dah selesai. boleh bekerja semula dengan tenang tak payah fikir pasal teks-teks pengacara majlis dah,,, ;)
p/s oh ye, majlis habis pukul 11.30 malam macam tu. balik rumah kak lah amek beg dan bergerak dari rumah kak lah pukul 12.10 tengah malam. sampai rumah pukul 12.30 macam tu. mula-mula takut jugak nak balik dah lewat malam, tapi redah jugak. nasib baik selamat sampai.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 15 januari 2012 10.55 a.m.
No comments:
Post a Comment