SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, February 15, 2012

gembira dengan side income kecil-kecilan.





dulu masa awal-awal buka blog, memang aktif sangat berniaga online ni. jual tudunglah, bajulah dan boleh dikatakan setiap hari akan ke pejabat pos untuk pos barang. customer pun alhamdulillah ramai. tapi lepas tu dah tak aktif sebab dah ramai sangat buat bisnes online ni, saingan pun sengit. senyaplah sekejap dengan bisnes.






tapi, cik zira jenis tak reti duduk diam. mesti nak jugak ada duit sampingan selain gaji. yelah, memang suka mencari duit sejak zaman sekolah. apa yang boleh dibuat duit walaupun sedikit, cik zira suka nak buat.






dan sekarang, alhamdulillah. cik zira gembira dengan side income kecil-kecilan yang cik zira usahakan. takdelah macam jual tudung dulu-dulu. kali ni, tunggu je orang sms dan cik zira pergi pos. duit pun alhamdulillah sangat, dapat boleh disimpan dalam bank.






ada yang dah tak tahu. ada yang dah tahu. cik zira sekarang buat sewaan baju arab untuk pakai ke majlis atau function yang bertemakan arabian. daripada sepasang baju, jadi 2 pasang, buat masa sekarang dah ada 8 pasang baju pelbagai gaya dan warna beserta aksesorinya sekali.






sekarang ni, bulan 2 dan bulan 3 dah ramai jugak booking tarih untuk disewa. baju hanya ada 8 pasang, jadi sape book dulu, dialah yang dapat sewa.


maklumat penyewa baju arab. untuk rujukan cik zira.





ini antara baju arab sewaan cik zira.












nak tahu lebih lanjut, atau lepas ni mana tahu anda-anda nak menyewa untuk majlis makan malam pejabat ke kan, sila ke REDshop ye. kat sana ada penerangan yang jelas tentang cara-cara menyewa.






kepada semua penyewa baju arab cik zira sebelum ni mahupun selepas ini, terima kasih ye sebab sudi menyewa dengan cik zira. terima kasih juga atas kerjasama yang diberikan dengan mengepos semula baju yang disewa dalam keadaan baik. terima kasih sangat-sangat.






mana tak gembira kan bila sesuatu yang kita buat tu mendatangkan hasil walaupun perlu keluarkan modal terlebih dahulu. tapi, kena ingat, benda macam ni kena bersabar. kalau ada nak sewa, adalah, adalah duit masuk, kalau takde, takpe, tunggu sampai ada,,, =)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 14 februari 2012 9.20 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails