SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, February 11, 2012

semalam : jumaat, 10022012. hari ini : sabtu, 11022012.





sebelum apa-apa, nak ingatkan cik zira sendiri bila tengok ticker dekat atas tu, semalam bertarikh 10 februari merupakan genap 2 bulan ye cik zira menjadi isteri kepada suamiku itu. alhamdulillah. semoga kekal selamanya. Amin.






Jumaat semalam di sekolah rasa sangat seronok dengan kelas dan murid yang sangat memberikan kerjasama dan membuatkan rancangan pengajaran cik zira berjalan seperti yang tertulisnya. 3 masa sahaja untuk hari jumaat dan masa rehat yang ada digunakan sepenuhnya dengan makan dengan pelan-pelan dan kemudiannya membuat kerja mana yang patut. 






sebut pasal makan yang dah menjadi perkara wajib untuk cik zira kan, semalam bekalnya ialah nasi + sotong masak hitam + ikan bawal goreng + sayur campur + sambal belacan. nyum, sedap! licin!






perjalanan balik pun takdelah sibuk sangat dan sampai selepas 40 minit pemanduan. sama je macam hari lain cuma hari jumaat balik awal sikit, jadi, sampailah awal dari hari biasa.






dan untuk hari ini?
11 februari 2012, cik zira dan semua kena mengganti sekolah untuk cuti raya cina hari tu. mengikut jadual hari khamis. jadi, pukul 11 lebih kang cik zira akan pergi ke sekolah macam biasa dan sampai pukul 7 lebih nak dekat maghrib nanti. sekolah ye, bukan bercuti,,, ;)






tidak dilupakan ucapan tahniah kepada rakan sigs, liyana dan suami untuk majlis perkahwinan mereka. maaf tak boleh datang sebab kena ganti sekolah ni. semoga berkekalan selamanya k liyana. tahniah tau.






oklah, entry pagi sabtu berhenti di sini. jumpa entry petang nanti pulak k. Assalamualaikum.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 11 februari 2012 7.38 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails