SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, March 25, 2012

Mesyuarat Agong PIBG 11 SK Taman Cendana.




kemalangan dek kerana mencari baju uniform untuk dipakai di Mesyuarat Agong PIBG yang bertemakan Uniform semalam. baju tak dapat, kereta pulak yang masuk bengkel. akhirnya, pinjam baju pengakap pada kak liza. kak liza siap tolong gosokkan lagi, tinggal pakai je pagi tu. cik zira menjadi pengacara majlis seperti biasa bersama kak lah.






majoriti cikgu-cikgu mengikut tema yang diberikan. cikgu semua dah macam anak murid dah. Tetamu jemputan untuk merasmikan majlis ialah ADUN Permas, YB Dato' MM Sami. baik orangnya dan mudah berurusan dengan YB Dato.






ada juga acara penyampaian hadiah kepada anak-anak UPSR yang cemerlang tahun lepas seramai 88 orang kesemuanya yang mendapay 5A dan 4A. semua bukan main gembira dapat berjumpa kawan-kawan semula. bising betul. tapi takpe, beri peluang mereka berjumpa dengan kawan-kawan yang sudah terpisah bila naik sekolah menengah. sempat bergambar dengan mantan GB, Tn Hj Musa Mastor.






ada juga cabutan bertuah dengan hadiah sumbangan sebanyak 29. tapi, cik zira tak bertuah pula, nombor 217 tak naik pulak. hadiah best-best.






alhamdulillah. majlis berjalan dengan lancar dan disebabkan komitmenlah, cik zira lupakan hal kereta masuk bengkel dan berterima kasih sangat kepada abang ai dan kak june yang dah banyak membantu. bagi pinjam kereta untuk cik zira ke sekolah sementara nak siapkan kereta kemalangan itu.



cik zira dengan uniform pinjam





selesai dua program penting sekolah untuk minggu ni. Sambutan Maulud Nabi dan Mesyuarat Agong PIBG. bagilah kesempatan cikgu-cikgu berehat sebentar sementara nak menantikan majlis besar yang lain pula.






p/s harap kereta dapat siap cepat. dan harap juga takdelah terlalu mahal nak kena baiki. Amin.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 24 mac 2012 3.45 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails