SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, May 13, 2012

diam sahaja.








walaupun baru masuk bulan kelima bergelar isteri, cik zira dah belajar 1 perkara yang cik zira rasa, semua isteri di mana sahaja anda berada pun tahu pasal perkara ni.






kalau suami tengah marah, tugas isteri mendengar sahaja dan cara terbaik DIAM. janganlah pandai-pandai atau sesekali nak melawan sebab ia akan menjadikan suasana lagi tegang dan teruk. walaupun masa tengah marah tu, hati si isteri ni lagi membara, tunggu masa nak meletup je, tapi takpe, berSABAR dan DIAM dan mendengar sahaja k.






cik zira pun dalam proses nak mendidik diri cik zira SUPAYA :



  • janganlah buat suami marah
  • kalau marah macam mana sekali pun, bawa-bawalah BERSABAR 
  • cari masa sesuai nak tegur suami, tegur pun dengan cara yang elok, cakap dengan lembut. suami ni, dia lebih mendengar kalau isteri cakap lembut daripada isteri membebel dan cakap kasar-kasar. PERCAYALAH!
  • walaupun suami memang buat perkara yang kita si isteri marah sangat-sangat, INGATLAH, sebagai isteri adalah berdosa kalau naik suara atau bermasam muka dengan suami tau. jadi, baiklah bersabar daripada menambah dosa kan kan
  • JANGAN MELAWAN CAKAP SUAMI.
  • selalu pesan dekat diri, walau macam mana marah pun dekat suami tu, kan kita sayang dekat dia. nanti jangan haraplah kita dipujuk, kita isteri ni kena pujuk suami sebenarnya.





cik zira selalu nak kena pesan dekat diri cik zira ni tentang semua perkara di atas. kan tempat isteri di sisi suami. jadi, jadilah isteri yang baik yang dapat menjaga nama baik dan maruah suami ye semua. sama-sama kita usaha. Insya Allah.






~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 11 mei 2012 10.18 a.m.

2 comments:

:: Dhiya :: said...

Salam, mohon kongsikan pendapat dalam entri dhiya:
http://dhiyadahlia.blogspot.com/2012/05/faktor-utama-tidak-berkahwin-komen-anda.html
syukran

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Insya Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails