SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label isteri. Show all posts
Showing posts with label isteri. Show all posts

Friday, February 21, 2020

shopping barang rumah setiap bulan

cik zira akan berbelanja untuk barang rumah setiap bulan di tesco sebab dekat dengan rumah. biasanya kalau rasa malas sangat baru shopping online dan lori tesco akan hantar depan rumah. tapi, biasanya akan ada satu hari pergi sendiri dan akan penuh trolley tu.

wajib biasanya pampers dan susu khaliq bila ada murah susu dutch lady 123 tu RM18.90 ke memang sekali beli akan beli 4-6 bungkus. pampers pun sama kalau ada murah beli 2 pek.

barang lain makanan, barang nak masak, sabun segala tu sumelah.



dan kebiasaannya, cik zira akan spend sebanyak RM300-RM400 dan penah cecah RM500 sekali shopping penuh trolley. itu pun barang lauk basah tak termasuk tau tu nanti encik suami bawa balik dari market.

sebab tu tak boleh pergi tesco banyak banyak kali sebab sekali pergi pun dah habis berapa kan. tapi dekat rumah stok makanan sentiasa ada lah. coklat ke aiskrim ke nuget sume dan bahan untuk masak akan sentiasa ada.

korang kalau sekali keluar plak habis berapa?

Monday, May 28, 2012

28 Mei 2012.




sekarang cik zira berada di Larkin Sentral. bas cik zira bergerak ke Penang jam 10 malam.





cik zira akan menghabiskan cuti sekolah pertengahan semester ni bersama suamiku di sana. semoga cik zira selamat sampai di Penang. Amin.









~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 27 mei 2012 3.30 p.m.

Sunday, May 13, 2012

diam sahaja.








walaupun baru masuk bulan kelima bergelar isteri, cik zira dah belajar 1 perkara yang cik zira rasa, semua isteri di mana sahaja anda berada pun tahu pasal perkara ni.






kalau suami tengah marah, tugas isteri mendengar sahaja dan cara terbaik DIAM. janganlah pandai-pandai atau sesekali nak melawan sebab ia akan menjadikan suasana lagi tegang dan teruk. walaupun masa tengah marah tu, hati si isteri ni lagi membara, tunggu masa nak meletup je, tapi takpe, berSABAR dan DIAM dan mendengar sahaja k.






cik zira pun dalam proses nak mendidik diri cik zira SUPAYA :



  • janganlah buat suami marah
  • kalau marah macam mana sekali pun, bawa-bawalah BERSABAR 
  • cari masa sesuai nak tegur suami, tegur pun dengan cara yang elok, cakap dengan lembut. suami ni, dia lebih mendengar kalau isteri cakap lembut daripada isteri membebel dan cakap kasar-kasar. PERCAYALAH!
  • walaupun suami memang buat perkara yang kita si isteri marah sangat-sangat, INGATLAH, sebagai isteri adalah berdosa kalau naik suara atau bermasam muka dengan suami tau. jadi, baiklah bersabar daripada menambah dosa kan kan
  • JANGAN MELAWAN CAKAP SUAMI.
  • selalu pesan dekat diri, walau macam mana marah pun dekat suami tu, kan kita sayang dekat dia. nanti jangan haraplah kita dipujuk, kita isteri ni kena pujuk suami sebenarnya.





cik zira selalu nak kena pesan dekat diri cik zira ni tentang semua perkara di atas. kan tempat isteri di sisi suami. jadi, jadilah isteri yang baik yang dapat menjaga nama baik dan maruah suami ye semua. sama-sama kita usaha. Insya Allah.






~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 11 mei 2012 10.18 a.m.

Friday, April 27, 2012

cuti 4 hari.





sekarang cik zira berada di Larkin Sentral. menunggu nak naik bas. cik zira nak balik Penang berjumpa dengan suami setelah berpisah 3 minggu yang lepas. 3 minggu lepas suamiku balik JB luangkan masa dengan isterinya ni. dan sekarang giliran cik zira pulak. inilah pengorbanan bila masih tidak dapat duduk bersama. sorang di utara sorang di selatan.






padahal esok ada koko dekat sekolah. sekolah cik zira kan setiap sabtu kerja. patut cik zira tak boleh balik Penang kalau hujung minggu, tunggu cuti panjang baru dapat balik. tapi, disebabkan selasa cuti hari buruh, jadi hari isnin cik zira minta CRK. dapatlah 4 hari luangkan masa dengan suamiku.






semoga perjalanan cik zira selamat. semoga cik zira selamat sampai Penang pagi esok ni. Amin.





esok update blog dekat Penang pulak sampai hari selasa. rabu subuh dah sampai JB balik. Insya Allah.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 26 april 2012 11.10 p.m.

Tuesday, April 10, 2012

semalam : isnin, 09042012




pagi semalam mood sedih sebab kena tinggal dengan suamiku yang pulang ke tempat asalnya di Penang,,, =(






namun begitu, perjuangan perlu diteruskan. tanggung jawab yang dipikul harus digalas dengan baik. pergilah ke sekolah seperti biasa walaupun terpaksa berjauhan lagi dari suami.






semalam tema putih + oren memulakan hari pertama di minggu ini.






ini jelah update pagi selasa ni ye. terkenangkan suamiku, terus dah tak boleh taip. huhu






~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 9 april 2012 10.30 p.m.

Saturday, February 25, 2012

sebelum, semasa, selepas.





ini gambar cik zira kira-kira dua bulan lebih sebelum bergelar isteri orang,







ini gambar beberapa minit sahaja bergelar isteri orang






ini pula gambar beberapa hari bergelar isteri orang







syukur. kini sudah bergelar isteri kepada seorang suami yang amat disayangi. terima kasih suami sudi menjadikan daku ini sebagai isterimu,,, ^___^









~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 23 februari 2012 9.35 p.m.

Monday, January 9, 2012

rindu padanya.





sesungguhnya, setiap kali cik zira tengok gambar-gambar suamiku, mesti terus rasa rindu sangat-sangat dekat dia. walaupun tengah marah ni, tengah geram sangat, tapi bila je tengok gambar terus rindu serta-merta.






dulu rindu masa tunang-tunang lain. tapi, sekarang bila rindu, Ya Allah, Tuhan je yang tahu macam mana perasaan yang cik zira tanggung tu.






walau luaran nampak rilek takde apa, tapi dalamannya, RINDU sangat-sangat dekat dia. suamiku yang jauh di Penang.






suamiku tersayang,
RINDU dekat buah hati lah,,, =(







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 8 januari 2012 11.23 a.m.

Friday, December 30, 2011

doa dan harapan seorang isteri.








suamiku,
Allah telah memberikan tanggung jawab kepadamu untuk menjaga dan memimpin aku
Allah telah memutuskan padaku bahawasanya engkaulah suamiku
Allah telah memberikan aku, takdirku bersuamikan kamu






suamiku,
jalankanlah tanggung jawabmu yang sepatutnya
jadilah suami yang seharusnya kamu jadi
janganlah engkau lupa akan akad dan janjimu untuk menjaga aku






suamiku,
aku berdoa tanpa henti agar engkau suami terbaik dalam hidupku
aku merintih pada Allah supaya Dia mendengar doa-doaku untukmu
aku bermohon supaya Allah memberikan ku suami yang terbaik untukku






suamiku,
aku terima kamu seadanya kamu
aku cuba menjadi isterimu yang terbaik seadanya aku
aku berusaha taat setia kepada kamu






suamiku,
tolong fahami aku sebagaimana aku cuba fahami kamu
tolong berusaha untuk memperbaiki mana yang kurang
tolong menjadi suami yang sebaiknya untuk aku






suamiku,
syurgaku kini atas redhamu
pahalaku kini ku kumpul sebanyaknya atas taat setiaku padamu
solehahnya aku untukmu akan ku cuba sedayanya aku






suamiku,
sudah tertulis aku menjadi isterimu
aku terima. aku redha dan sentiasa memohon restu dari Allah
semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhirnya.






suamiku,
aku pinta hanya satu
jadilah seperti yang aku mahu, supaya menjadi suami yang baik untukku
berusahalah perbaiki mana yang perlu
cuba wahai suami. berdoa dan berusaha. aku sentiasa di sisiMu memohon doa dari Allah.






suamiku,
ingatlah, tanggung jawabmu oleh Allah sangat besar.
untuk menjaga aku seumur hidupmu.
jangan sia-siakan apa yang diberikan ini. 






suamiku,
sayangilah aku setulusmu
cintailah aku seikhlasmu
renunglah mataku dan ketahuilah harapan dan hasrat aku untukmu
jagailah aku sebaiknya, hargailah aku seadanya.






suamiku,
kutanamkan kesabaran sentiasa ada dalam diriku
kupohon doa dari Allah supaya sentiasa kuatkan diriku
kuharapkan semua yang terbaik dalam ikatan suci ini






Ya Allah
Kau Maha Mengetahui apa yang kumahu
Aku mohon Ya Allah. jika ini yang sudah tertulis untukku, Kau berikan yang baik untukku.
Hanya PadaMu aku mohon segalanya. 
Amin Ya Allah.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 28 disember 2011 9.23 p.m.

Tuesday, December 13, 2011

11.12.11 - cik zira baju maroon





Assalamualaikum






salam sayang buat semua.
alhamdulillah. majlis 11.12.2011 cik zira telah pun berlalu. berjalan dengan lancar. ramai tetamu datang. cikgu-cikgu sekolah pun ada yang datang. kawan-kawan cohort, sedara mara dan semualah yang dijemput datang. seronok sangat.






dah 3 hari bergelar isteri orang. tak rasa apa yang beza sangat sebab masih belum duduk berdua kan. rasa pelik sikitlah sebab dah ada suami rupanya. hehe






gambar masih cik zira tak dapat tepeklah dari kamera sebab masih belum transfer. gambar dari photog lagilah, dapat lambat. jadi, nanti dah ada gambar, cik zira cerita panjang lebar ye.






cik zira tepek gamba dari handphone dulu yang sempat cik zira snap.






eh, masih cik zira ke ea? takpelah ye, dah terbiasa. 






satu gambar masa pakai baju maroon, baju untuk nikah.






semua MERAH ye hari tu. sampaikan tok kadi pun mengusik, nampak MERAH je datang sini,,, ^___*






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 13.12. 2011 8.58 a.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails