SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, December 30, 2011

doa dan harapan seorang isteri.








suamiku,
Allah telah memberikan tanggung jawab kepadamu untuk menjaga dan memimpin aku
Allah telah memutuskan padaku bahawasanya engkaulah suamiku
Allah telah memberikan aku, takdirku bersuamikan kamu






suamiku,
jalankanlah tanggung jawabmu yang sepatutnya
jadilah suami yang seharusnya kamu jadi
janganlah engkau lupa akan akad dan janjimu untuk menjaga aku






suamiku,
aku berdoa tanpa henti agar engkau suami terbaik dalam hidupku
aku merintih pada Allah supaya Dia mendengar doa-doaku untukmu
aku bermohon supaya Allah memberikan ku suami yang terbaik untukku






suamiku,
aku terima kamu seadanya kamu
aku cuba menjadi isterimu yang terbaik seadanya aku
aku berusaha taat setia kepada kamu






suamiku,
tolong fahami aku sebagaimana aku cuba fahami kamu
tolong berusaha untuk memperbaiki mana yang kurang
tolong menjadi suami yang sebaiknya untuk aku






suamiku,
syurgaku kini atas redhamu
pahalaku kini ku kumpul sebanyaknya atas taat setiaku padamu
solehahnya aku untukmu akan ku cuba sedayanya aku






suamiku,
sudah tertulis aku menjadi isterimu
aku terima. aku redha dan sentiasa memohon restu dari Allah
semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhirnya.






suamiku,
aku pinta hanya satu
jadilah seperti yang aku mahu, supaya menjadi suami yang baik untukku
berusahalah perbaiki mana yang perlu
cuba wahai suami. berdoa dan berusaha. aku sentiasa di sisiMu memohon doa dari Allah.






suamiku,
ingatlah, tanggung jawabmu oleh Allah sangat besar.
untuk menjaga aku seumur hidupmu.
jangan sia-siakan apa yang diberikan ini. 






suamiku,
sayangilah aku setulusmu
cintailah aku seikhlasmu
renunglah mataku dan ketahuilah harapan dan hasrat aku untukmu
jagailah aku sebaiknya, hargailah aku seadanya.






suamiku,
kutanamkan kesabaran sentiasa ada dalam diriku
kupohon doa dari Allah supaya sentiasa kuatkan diriku
kuharapkan semua yang terbaik dalam ikatan suci ini






Ya Allah
Kau Maha Mengetahui apa yang kumahu
Aku mohon Ya Allah. jika ini yang sudah tertulis untukku, Kau berikan yang baik untukku.
Hanya PadaMu aku mohon segalanya. 
Amin Ya Allah.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 28 disember 2011 9.23 p.m.

4 comments:

cik_HitaM puTih said...

tahniah dear.

~azillakhalison~ said...

erhh touching bace

hazirah abdul rahman said...

cik_HitaM puTih :


terima kasih,, =)

hazirah abdul rahman said...

~azillakhalison~ :


sebab dari hati, kt baca pun syahdu,,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails