SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, May 21, 2012

hadiah Hari Guru 2012.




cik zira ingatkan tahun ni tak dapat dah hadiah hari guru. yelah, maklumlah, dah masuk tahun ketiga ni, macam lagi garang, lagilah takde budak yang sayang,,, hehe






tapi, jangkaan cik zira silap. masih ada yang sudi memberikan hadiah dan penuh 3 beg dibawa balik.







cik zira buka semua hadiah lewat petang. tengok hadiah apa yang cik zira dapat. macam-macam lah ada. seronok sangat. susun balik semua elok-elok dalam beg plastik dan simpan elok-elok dibuat kenangan. Insya Allah, nanti kalau ada rumah sendiri, memang kena sediakan tempat khas untuk simpan hadiah-hadiah yang anak murid kasi.






cik zira turut dapat hadiah coklat yang cik zira suka sebab boleh makan. coklat zess dan satu bungkusan coklat berwarna MERAH yang memikat hati. bila buka, dia ada kotak comel dan coklatnya bulat dua biji. coklat dari sarawak. sedap!






terima kasih wahai anak-anak yang memberikan teacher hadiah ye. terima kasih sangat. belajar lah rajin-rajin dan jadilah anak yang berguna. oh, kepada anak-anak SK Taman Cendana semuanya, selamat menjawab peperiksaan dengan baik dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang ye. jangan lupa berdoa setiap masa.






anak-anak cik zira dah mula peperiksaan pertengahan tahun hari ni sehingga khamis. sebelum cuti dua minggu nanti, cik zira kena selesaikan tanda kertas periksa dan masukkan markah. barulah boleh bercuti dengan tenang,,, =)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 20 mei 2012 7.35 a.m.

2 comments:

ratna said...

Untung jd cikgu nii...

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

alhamdulillah, rezeki cikgu setahun sekali untuk anak-anak murid hargai,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails