SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, May 22, 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012.




semalam anak-anak murid sekolah cik zira, SK Taman Cendana dah mula peperiksaan pertengahan tahun. semalam hari pertama dan hari terakhir khamis ni. 4 hari periksa.






cik zira kalau masuk kelas jaga periksa memang pastikan dorang semua betul-betul jawab periksa. tak boleh toleh kiri kanan. sape yang buat je benda yang tak dibenarkan, cik zira ugut amek kertas koyak dan buang dalam tong sampah,,, hehe.






bila dah takde apa nak buat bila jaga periksa tu, boleh siapkan buku rekod mengajar jelah. buat lesson plan. lepas tu tengok jadual periksa banyak kali supaya tak tersilap sebab semalam pun ada cikgu-cikgu yang tersilap sebab tak berapa nak faham jadual periksa. cik zira tak naklah tersilap, nanti kesian anak-anak murid tak cukup masa nak jawab dan susahkan cikgu lain jugak.






kertas cik zira, subjek bahasa inggeris dapat hari rabu, dua kelas. nak tanda nak siapkan cepat dan masukkan markah cepat-cepat. subjek pendidikan seni ada 3 kelas. subjek terakhir periksa khamis ni. yang tu pun nak siapkan cepat-cepat jugak. dapat markah je terus catat dan bagi dekat guru kelas.






semoga cik zira dapat selesaikan kertas-kertas periksa ni semua sebab lepas tu baru fikir hari apa nak balik penang. tiket pun tak beli lagi,,, ;)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 21 mei 2012 9.10 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails