SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, June 19, 2012

cermin mata hitamku.




oh, di petang hari ni nak bercerita pasal cermin mata hitam lah plak. memandangkan cuaca sekarang di tahap panas yang amat panas, jadi cermin mata hitam ni macam kena je dengan keadaan sekarang.






orang akan pakai cermin mata hitam ketika cuaca panas kebiasaannya. tapi, ada juga yang jadikan cermin mata hitam ni sebagai aksesori penyeri di muka. terpulang. tapi, pada cik zira, bila cik zira beli cermin mata hitam tu, cik zira pastikan boleh guna untuk cuaca panas dan bentuk yang cantik.






cik zira suka yang saiz besar-besar. kalau boleh tutup satu muka. hehe. takdelah. gurau je. sebab pada cik zira saiz besar ni lagi cantik bila dipakai. tapi kena jugak tengok bentuk muka kan. kalau pada orang yang tak kisah, pakai apa pun dia tetap nampak cantik. macam artis kan, pakailah cermin mata hitam bentuk dan saiz apa pun, tetap lawa je dipandang kan kan.






setakat ni cik zira hanya ada dua je cermin mata hitam. dan dua-dua pun cik zira masih gunakan. satu dulu cik zira beli sendiri masa tengah belajar lagi. kumpul duit. harga mampu milik sebab beli biasa je jenama guess. pakai sampai sekarang letak dalam kereta pakai untuk pergi kerja.






dan yang kedua, suamiku belikan untuk hantaran. cik zira memang request nak satu cermin mata hitam baru. masa beli pun pilih sama-sama. dapat jugak yang saiz besar. jenama emporio armani sebab masa tu suamiku pun pakai jenama yang sama. kengkonon nak sama-sama lah. tapi sayangnya, yang suamiku punya dah hilang. kesian dia.






cik zira ni rabun. pakai cermin mata rabun warna MERAH tu. jadi, agak susah nak bercermin mata hitam. kalau dengan yang guess tu boleh je sarung dengan cermin mata rabun. tapi kalau dengan yang besar tu memang akan pakai bila pakai kanta lekap jelah. sebab tu yang tu jadikan cermin mata hitam untuk jalan-jalan je. pakai time pakai kanta lekap. baru ok.






memang teringin nak tambah koleksi cermin mata hitam sebab bila tengok geram je banyak cantik-cantik. tapi, bila fikir balik, cermin mata hitam ni bukan keperluan sangat pun macam beg tangan ke, eceh. jadi, dah ada dua pun, dah cukup dah tu.


cermin mata hitamku



oklah, dah habis dah celoteh cik zira di petang hari selasa ni dengan kisah cermin mata hitamku. nanti cerita lain pulak k. oh ye, ada request pasal tips bertudung dengan cermin mata hitamlah. yang itu, cik zira kena cari dan kumpul bahan baru boleh buat entry khas ye. Insya Allah kalau datang rajinnya.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 19 jun 2012 7.35 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails