SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, June 23, 2012

sabtu 23062012 : hari koko kena kerja.





kalau ada sekolah yang setiap sabtu jarang cikgu-cikgunya kena datang sekolah. tapi, sekolah cik zira ni, SK Taman Cendana ialah sebuah sekolah yang memang memerlukan cikgu-cikgu yang sangat rajin nak pergi sekolah setiap masa. boleh dikatakan setiap sabtulah kena bekerja dan kena pergi sekolah. huhu






kalau minggu lepas ada sesi gotong-royong, minggu ni pulak dikira kokurikulum. tapi, akan diadakan pertandingan bola baling dan sepak takraw mengikut rumah sukan dan pingat turut dikira masa hari sukan nanti.






tahun ni cik zira rumah hijau. semua cikgu dah bertukar rumah sukan. bukan rumah sukan yang sama macam tahun-tahun lepas. kalau tahun lepas cik zira rumah MERAH dan asyik suara cik zira je dengar bersorak dekat padang tu. tahun ni kena bersorak dan bagi semangat dekat rumah hijau pulak.






hari ni kalau larat cik zira bersorak untuk hijau. kalau tak larat, duduk diam-diam je tengok dekat tepi padang. tak tahu balik pukul berapa tapi biasanya tengah hari baru boleh balik.






penat sebab sekolah jauh dari rumah. JB- Pasir Gudang, dalam 20-25 minit perjalanan kalau tak jam. kalau dekat je sekolah dengan rumah takdelah penat sangat pun.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 22 jun 2012 10.15 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails