SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, September 19, 2012

moses basket.




dah masuk bulan kelima ni, cik zira rajin online untuk tengok-tengok dan cari-cari barang untuk baby. nak shopping beli sendiri tu kena tunggu suamiku balik JB nak shopping sama dengan dia bagi dia rasa sikit macam mana perasaan nak ada anak ni.


tak membeli apa pun lagi sebab baby dalam perut pun comel-comel je lagi. tunggu dah boyot sikit baru beli barang-barangnya.


kalau orang lain mungkin sibuk mencari baby cot dan stroller atau pun car seat untuk baby, cik zira pula berkenan sangat-sangat dengan moses basket. google jumpa dan terus jatuh cinta. sangat comel. yang siap ada stand pun senang. yang ada buaian pun ada. geram tengok.


cik zira berkenan sebab satu nanti kalau ada nak buat majlis ke, boleh je guna. letak je macam tu pun dah cantik, tak payah nak hiasa bagai, tak payah nak sewa bayar memahal. itu pun dah cukup. buat mana yang wajib, itu lagi penting.


lepas anak ni dah guna, nanti boleh simpan untuk sedara mara pulak kan kalau nak guna untuk majlis dorang. 


jom kita tengok sama-sama, macam manalah rupa moses basket yang cik zira gebang ni kan.











cik zira dah order dah moses basket dan stand idaman kalbu. dalam oktober nanti sampai, buat pembayaran dan minta tolong chenta hati 1 tolong amekkan sebab dekat KL. kalau poslaju mahal. lagipun dekat Malaysia ni tak banyak jual lah moses basket cantik cenggini. banyak kat overseas. tu yang tak banyak pilihan. tapi, kalau pandai cari, boleh je dapat kan. ada jenis mengkuang dan ada jenis rotan. kalau rotan berat sikitlah tapi kukuh lah daripada mengkuang yang ringan sikit.


alalala, comelnya baby tu tido dalam bakul dia



jadi, anak ibu, takdelah baby cot untuk awak ye, awak duduk je dalam bakul tu diam-diam. macam zaman dulu-dulu, angkat anak pakai bakul je. hehe





~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 18 september 2012 9.15 a.m.

8 comments:

Asma Azuani said...

wahhhh very the english style lah! saya pon minat gak style camni! macam unik tapi ade style! :)

Sheherazade said...

comel nya,like it

ratna said...

Kat cni byk sgt benda ni. Yg 2nd hand pun ada. Tp elok lg w/pun 2nd hand sbb diaorg pakai sampai anak umur 3-4 bln jer. Mmg sgt comel2 benda ni.

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Asma Azuani :

betul. memang ada style lah!

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Peri PiA :

haah, comel sangat. like it too!

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

ratna :

kat sini tu kat mana ye? kat KL memang banyak. order pun dari KL. susahlah nak cari online yang harga ok.

Sham said...

boleh cari kat www.cenderahatirotan.blogspot.com

mybaby shop said...

BOLEH JUGAK TENGOK DI babytou.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails