SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, May 13, 2013

life & works : 7-11 Mei



macam biasa. hari isnin untuk entry pasal kerja sepanjang minggu lepas. isnin 6 Mei tu sekolah cik zira cuti sempena pilihanraya. cikgu ramai takde. jadi cuti je. diganti pada hari sabtu. jadi memang 5 hari sekolah. bekal plak memang bawa je sebab bik ani makcik tersayang cik zira memang masakkan untuk bawa gi sekolah. selalunya hari jumaat je tak bawa bekal sebab dah makan siap-siap sebelum gi sekolah dan hari jumaat pun memang masa pendek sket dari hari lain. tapi balik je mesti kelaparan terus cari makan.


ok, jom tengok gambar.


 SELASA : nasi + ikan goreng + asam pedas sardin + sayur
RABU : nasi tomato + kepak ayam masak merah + acar buah
KHAMIS : nasi + sambal belacan + kuah lemak + ikan goreng + telur dadar
SABTU : nasi + bebola sambal + bendi goreng + ikan masin

ibu dengan khalisah minggu lepas  ^__^



kalau dulu bergambar sorang-sorang. sekarang dah ada anak seronok sangat bila dapat bergambar dengan anak. takdelah ibu je syok sendiri. lagipun khalisah pun dah pandai bergambar. bila cakap nak amek gambar je mata dah stand by pandang phone. dah diajar dari kecik. hehe. harap-harap nanti bila ajar ABC, 123, ngaji pun senanglah dia ikut. amin.


oh lupa nak bagi tahu. sejak 2 minggu lepas sampailah nak ke hari khamis hari guru nanti cik zira dah mula latih anak-anak cik zira kat sekolah tu untuk persembahan hari guru. tapi biasa je tahun ni sebab masa takde. jadi buat yang simple sahaja.


tunggu hari guru khamis ni. nak pakai baju apa ye? nak cecantik jugak walaupun simple je bajunya   =)





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 12 mei 2013 9.50 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails