SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, May 1, 2013

perjalanan pertama yang jauh buat khalisah



tak lama lepas habis pantang tu, bawa khalisah balik kampung penang. babah khalisah nek flight sampai senai kul 8 malam. jadi, lepas maghrib je, cik zira bawa khalisah yang tido menuju ke airport senai nak amek babah khalisah.


sampai airport khalisah terjaga. babah drive. khalisah duduk ngan ibu kat belakang sebab car seat letak depan. terus menuju ke KL tido satu malam dekat rumah mak sedara suamiku di bukit beruntung. suamiku drive sampai mana entah lepas tu cik zira sambung drive sebab tengok dia mengantuk sangat-sangat. jadi khalisah duduk tido plak dengan babah kat belakang. cik zira drive sampai KL. lepas tu da masuk tol bukit beruntung tu suamiku bawa sampai ke rumah nak dituju. sampai pukul 12 macam tu terus buat apa yang patut dan tido. sian khalisah, mesti penat sebab pertama kali jalan jauh begitu.


esoknya lepas sarapan dalam pukul 10 menuju ke KL semula sebab cik zira nak membeli barang. habis shopping terus menuju balik Penang. suamiku drive kejap je lepas tu dia mengantuk jugak, jadinya cik zira drive lah. letak khalisah dekat car seat dia sebab kalau duk belakang pun dengan babah yang tido mati kesian plak khalisah. ibu jadi tak tenang plak nak bawa keta.


 khalisah temankan ibu bawa keta. KL-PNG

duduk kat belakang dengan ibu




khalisah baik. dia bertahan dekat car seat dia dalam sejam lebih. lepas tu da bunyi sebab lapar dan mengantuk. cik zira benti kat mana entah nak isi minyak dan isi perut khalisah sekali. lama juga berhenti sebab khalisah merengek. kejutkan babah dia suh tengokkan anak. cik zira nak sambung drive.


ada anak kecik ni memang banyak berhenti. sian kan. lepas ni nek flight je lah ye sayang. sejam je dah sampai. nek keta selalu JB-PNG 6 ke 7 jam pun jadi berjam. yang KL-PNG selalu 3 jam pun jadi lama sebab banyak berhenti dan cik zira yang drive. kalau suamiku tak ngantuk dia yang drive memang kejap je sampainya.


lepas tu nak balik JB, suamiku hantar cik zira dan khalisah ke rumah abah di simpang pulai. nek lah keta lagi khalisah balik umah atok dia. tapi tu kejap je. PNG ke simpang pulai sejam lebih sikit je.



PNG-SG PULAI. alahai anak, nape muka monyok je. ibu plak terlebih sudah



balik JB dengan atok. atok drive. singgah KL dulu. yang ni memang jalan jauh. KL-JB pun berjam dalam keta. biasalah, atok yang drive kan. khalisah kena bersabar jelah dalam keta. dah ngantuk tido. tak ngantuk bangun main tengok luar. yang penting selamat sampai.



KL-JB


JB-KL-PNG-SIMPANG PULAI-KL-JB. jauh khalisah berjalan. maklumlah ibu orang JB, babah pulak orang Penang. maka perjalanan balik kampung memang terasa jauh. sungguh jauh tetap best. ecewah!





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 22 april 2013 10.00 a.m.

4 comments:

cik chinta said...

yela. beter nek flgt kn. cm kesian plk lama2 dlm kete.

wawa syaida said...

comelny khalisah....better flight untuk perjalanan jauh kalau bawak baby kecik ni kan...suka tengok khalisah :)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Cik chinta

Haah.lepas ni nek kapal je sejam da sampai

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Wawa syaida

Haah wawa.pasni mmg nek kapal je.nanti tunggu wawa dapat baby plak ★

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails