SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, May 5, 2013

undi saya adalah rahsia!!



alhamdulillah. dapat juga merasa mengundi buat pertama kalinya pagi tadi. pergi dengan atok berdua. dekat je tempat mengundi. keluar nak dekat kul 9 pagi, balik kul 9 lebih. kurang sejam. itu pun sampai orang dah ramai jugak. khalisah awal pagi tido lagi. kul 8 lepas cik zira mandi dia dah bangun. tapi tak bawa dia, tinggal kat umah. kang takut dia mengaruk plak kalau bawa.


si tonet di awal pagi 5 Mei 2013, hari PRU13



atok dapat tempat kat bawah je sebab orang tua. cik ziralah kena mendaki tingkat paling atas untuk muda-mudi belia yang masih kuat dan gagah mendaki tangga. atok siap cepat kena tunggu cik zira habis. kena beratur panjang. tapi takpe, asalkan dapat menjalankan tanggung jawab sebagai rakyat Malaysia.






cik zira pangkah apa? oh, mana boleh bagi tahu. shhh... undi anda adalah rahsia kan kan


cik zira tak minat politik. tak pihak mana-mana. mana yang cik zira rasa bagus dan layak mentadbir, itu yang cik zira pilih. pasal len-len cik zira takmo amek tahu. lebih suka diamkan diri dan tak nak dengar pape bila orang bercakap pasal politik. tak minat!


mari sama-sama kita tunggu depan tv tengok keputusan PRU13 malam nanti ye. yang penting cik zira dah mengundi tau tau. kat bawah ni buktinya.







apa pun keputusan, sama-sama kita doakan yang terbaik untuk negara tercinta, MALAYSIA.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 5 mei 2013 11.25 a.m.




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails