SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, August 29, 2013

hamboi kekecik nak pakai rantai labuh


Hai semua
Macam yang semua dah tahu, nama kita khalisah. Kita anak ibu. Kita sayang ibu. Ibu suh cakap macam tu dulu sebagai intro entry ni.



Kita nak cerita sket. Cerita ni terjadi masa syawal kedua yang lepas. Time raya kan sume sibuk pakai segala emas yang ada. Buyut tokbik sumelah kita tengok pakai cincin gelang rantai sume. Geram je kita tengok tau. Seb bek kita pun ada jugak. Tapi 2 jelah. Itupun nenek belikan gelang kaki. Nanee ishah ngan aunty emy kat penang belikan gelang tangan. Ibu kita pun pakaikan lah untuk kita. Pakai kejap jela. Kita kan tak reti duduk diam. Habis sume tercabut.  Hehe


Bila kita punya dah ibu tanggalkan. Kita sibuk dan geram dengan rantai tokbik. Maka kita cari akal nak amek rantai tu nak pakai. Kita tarik tarik banyak kali.


Akal kita menjadi tau. Tokbik dengan rela hati tanggalkan rantai dia pastu pakaikan dekat kita. Wah. Kita suka sangat dapat pakai rantai labuh. Suka suka!



Kita pakai kita tak tarik pun sebab kita nak tunjuk kat sume rantai pinjam kita tu labuh. Barulah orang kata anak mami. Sibuk kan cakap kita anak mami je. Kita orang jb tau. Hehe. Nenek penang kita hindustan tau. Cakap hindustan lagi. Nanti kita nak blaja. Barulah jadi macam kareena kapor. Barulah boleh pakai rantai labih berlapis lapis. Hehe


Kita pakai rantai tu kejap je pun. Takut nanti orang nak rembat rantai tokbik tu terembat kita skali. Nanti sian ibu kita nangis. Dahla kita sorang je anak ibu.


Ibu kita x suka emas sangat. Kita pun kot. Tapi irang kata emas ni sangat bernilai. Sebab tu ibu kita nak kumpul duit beli emas untuk ibu dengan untuk kita sekali. Sayang ibu.


Oh. Cakap pasal emas plak nya. Jangan risau. Ibu kita takde emas pun dia cakap tapi dia kata kita emas dia. Percaya tak? Kita percaya bila ibu cakap macam tu kat kita sebab ibu lah tauke emasnya :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails