SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, September 20, 2014

percutian keluarga ke medan indonesia


Assalamualaikum wbr
berkesempatan nak update blog setelah lama ditinggalkan. bila mood buka laptop takde jadinya blog pun terabai. kasihan blog. cumanya blog masih ada tidak mati. jika mood menaip datang maka blog akan dikunjungi dan diupdate

baiklah. harini cik zira dan khalisah masih berada di penang bersama suamiku dan keluarga di sini untuk hari terakhir sebab esok awal pagi dah terbang pulang. cuti dah habis. esok kena kerja semula. cuti lagi dan balik penang lagi oktober nanti bersempena cuti deepavali.

balik kalini dapat ikut percutian keluarga suamiku ke medan indonesia. kami ke sana selama 5 hari 4 malam. yang menarik tentang medan ialah Danau Toba, Berastagi, Samorsil Island, Tomok Island dan Sinabung Hills. Itu tempat tempat yang dikunjungi.

tapi boleh dikatakan percutian kalini merupakan percutian yang memenatkan. sebabnya habiskan masa dalam bas sebab nak ke satu satu tempat tu amek masa berjam jam. namun apa yang happynya khalisah seronok sangat sebab hajatnya nak naik bas tercapai sebab kitorang seramai 14 orang ni kena naik bas sebab ramai,

percutian ni khalisah dapat merasa naik bas. kapal terbang dan bot dah pernah naik. ha khalisah pun dapat merasa naik kuda dengan babah dua kali tau. tak nangis. dia suka.

alhamdulillah khalisah baik je sepanjang percutian. mungkin sebab dah biasa bawa khalisah berjalan sejak kecik lagi. jadi mana pun bawa khalisah enjoy. tak banyak ragam. tahun lepas pun percutian keluarga ke krabi thailand pun khalisah tak banyak masalah. khalisah memang suka berjalan dan bercuti.

tak banyak nak diceritakan sebabnya gambar tak dapat nak upload. tapi sangat happy dan berterima kasih kepada abang ipar sebab sponsor lagi percutian kalini. terima kasih sangat. next year ke mana plak ye? hehe

tak silap cik zira, adik ipar yang uruskan trip kali bermula dari tiket kapalterbang dan semuanya. ini pakej ALL IN dari fireflyz. seorang RM600++ kapalterbang penginapan makan tourist guide pengangkutan semua. bawa badan je dan bawa duit nak shopping.

bercakap pasal shopping, medan tidaklah seheaven bandung dan jakarta dan makan pun biasa biasa aja. jadinya cik zira beli telekung dan kain sutera batik je. suamiku belanja. suamiku pun tak tuka duit banyak pun. tuka duit habiskan untuk beli makan makan.

walaupun penat tapi happy. lepas ni nak plan percutian dengan abah mama dan adik adik pula. giliran cik zira sponsor. tapi mungkin dalam Malaysia je la yang dekat dekat sebab kekangan masa adik adik berkeja dan masih belajar. susah nak arrange cuti sama sama. tapi akan diusahakan. dengan suamiku sekali. 8 orang. In Sha Allah.

dalam pada bercuti dan happy dapat balik jumpa suamiku, tidak putus berdoa semoga permohonan berpindah untuk januari depan diluluskan. tolong doakan ye. ini masuk tahun keempat masih tinggal berjauhan. mudah mudahan Allah perkenankan doa cik zira yang ini. Amin

baiklah. semoga jumpa lagi di lain karangan. kalau rajin tau. hehe
Assalamualaikum

2 comments:

suezen said...

xde gmbr medan keee? alaa

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Ada dekat instagram. X upload sini.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails