SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, July 29, 2014

Raya 2014


Assalamualaikum
Cik zira nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN buat semua terutama yang singgah blog Merah ni.



Tahun ni tema purple. Cari baju pun last minit sebab sibuk meniaga bazar ramadhan. Syukur masih beraya dengan abah mama zie dan adik adik juga khalisah tersayang. Cuma masih belum berkesempatan untuk cukupkan 8 orang.

Tahun depan raya di Penang pula In Sha Allah buat pertama kali. Harapnya tahun selepas itu suamiku dapat sama sama beraya di JB pula

Sejak jadi mak mak baju raya buat ada je. Tak fikir nak melaram sakan macam zaman anak dara. Cari baju pun yang paling simple.

Khalisah je tak sempat je nak amek gamba dia semalam pakai dress raya purple. Mood x bagus tak cukup tido.

Malam tadi chenta hati 2 da balik lumut nak kena belayar. Malam ni chenta hati 1 plak balik shah alam. Sedih sebab dah jarang jumpa. Tapi takpe sebab pagi raya masih bersama.

Esok malam suamiku balik jb. Yay! Sebulan lebih kot tak jumpa. Dan tak sabar nak bagi hadiah emas untuk atok bik ani dan bik moi. Duit kwsp dapat memang niat nak belikan mereka yang berjasa ini emas sebagai hadiah. Alhamdulillah.

Untuk diri sendiri dan khalisah kumpul lagi nak beli emas bulan 9 nanti. Orang kata duit beli emas bagus kan. Dulu tak suka tau tapi sebab rasa kepuasan beli dengan duit kumpul.

cerita pasal emas ada kaitan dengan hari raya tahun ni sebab bagi hadiah raya untuk atok bik ani bik moi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails