SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, January 5, 2015

masak dan makan itu seronok.


cik zira memang kaki makan. dapat buah hatiku pun lagi kaki makan. dapat anak khalisah pun kaki makan sama.

cik zira suka masak. suka sangat. bila ada peluang je mesti nak masak. masak pun main masak je sebab lauk lauk ni senang je sebenarnya nak masak. kalau ada lauk yang tak tahu macam mana nak masak, google aje resipinya.

lagilah bila dah duduk sendiri ni, barang masak penuh kat dapo. semua pun rasa nak beli. dah pesan dengan buah hatiku. kalau duk sendiri nanti, kurangkan beli makanan kat luar. nanti cik zira kerja pagi. tengah hari balik kecuali rabu balik lambat. nanti balik sekolah buah hatiku bawa balik lauk basah balik rumah terus boleh masak untuk makan tengah hari. lauk takyah masuk peti. senang. itulah untungnya suami kerja dekat pasar. hehe

petang pun akan masak goreng goreng sebab konpem lapo. malam kalau lapo lagi buat roti apa apa ke, goreng nuget ke apa ke. daripada duduk je kan, mesti lapanya. jadi sehari makan banyak kali. ni lagilah sambung cuti lagi seminggu. bestnya duduk rumah makan.



macam tiga hari lepas. cik zira buat spageti ala melayu. sebabnya buah hatiku ni pasta pasta western dia kureng sket. boleh makan tapi bukan favourite. jadinya cik zira goreng melayu style. alhamdulillah dia suka. khalisah pun suka. guna spageti yang halus kecik tu.

petang sabtu pun goreng kuey teow. goreng lepas tu makan panas panas kan. bestnya!

stok benda nak masak memang banyak lagi sebab baru je beli seminggu. jadinya nak masak apa pun masak je kalau dah lapa. tak susah. harap dah kerja pun masih ada masak nak masak untuk keluarga comel ni kat umah comel ni. nak kena pandai bahagikan masa untuk kerja sekolah, kerja umah, meniaga dan lain lain. In Sha Allah.

psst.. nak bagi tahu satu rahsia. disebabkan cik zira ni suka masak dan suka sangat sangat makan, makanya berat naik mendadak. dah cecah 60kg dah tau secara rasminya naik atas penimbang. acaner tu?

2 comments:

suezen said...

zira..dok kt umah zira ni....confirm 3 hr je berat dh naik kalau asyik mkn je....sedappnyer la speghatii tu

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Kan. Hari hari pk nak masak apa. Makan je keje. Meh datang uma meh ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails