SILA KLIK
KAMU-KAMU YG KUHARGAI
Thursday, February 26, 2015
cuti cuti family - part 4
kan dalam entry cuti cuti family - part 1 cik zira ada cerita kenapa cik zira pilih park royal penang untuk bercuti satu malam. dan salah satunya sebab hotel ni ada sediakan kids room. tempat main anak anak selain mandi kolam.
tak semua hotel ada servis yang satu ni. biasanya kalau nak pilih hotel untuk bercuti, cik zira akan tengok gamba gamba yang hotel sediakan dalam booking.com tu. bila ada yang menarik je lain dari hotel lain, cik zira akan pilih. suka cari hotel yang lain sket dari hotel biasa.
ni bawa khalisah main dalam ni lepas dah check out. masuk kul 1205, keluar nak dekat pukul 1. lama jugakla bagi khalisah main dalam tu. tak perlu bayar apa apa k sebab dah stay situ.
best la jugak. macam macam ada. dia ada jadual setiap hari untuk aktiviti yang dijalankan dalam tu. macam tengok movie, warna warna, buat art semua.
khalisah masuk masuk je main masak masak kejap. dah bosan cari kereta moto sume kat luar. lepas tu main kat dalam balik gelongsor yang banyak banyak bola tu. ibu ajak keluar dah asek kejap kejap je jawab khalisah.
last last cakap ngan khalisah sian babah dah tunggu kat luar lama, baru dia nak keluar. nanti datang lagi khalisah cakap.
dah nak keluar tu boleh dia nampak kertas mewarna atas meja. terus dia duduk amek warna nak warna. adoi, ibu dah tak larat nak tunggu lagi. amek satu kertas gambar upin ipin suh dia pegang cakap ngan dia balik warna lah puas puas. khalisah pun dengan pasrah setuju. dipegangnya kertas tu sampai tunggu babah datang kat lobi.
dalam kereta tanya khalisah best tak? khalisah jawab best. nanti datang lagi ye ibu.
Allah je yang tahu perasaan happy bila tengok anak happy kan. ada rezeki nanti kita duduk cuti cuti kat hotel lain pulak k sayang. In Sha Allah next nak try Philea Resort kat melaka tu. peh, cantik sangat. tunggu bulan 3 cuti nanti. balik JB boleh singgah situ satu malam. pilih situ sebab hotel sangat unik dan cantik sebab tema kayu kayan. tak caya best ke tak best tanya orang yang pernah stay situ. konpem dorang cakap best!
next ok next. kalau diizinkan Allah.
ok last part esok. ada lagi ke? eh mestilah ada. penutup cerita cuti cuti family kami.
bersambung ...
Labels:
..:: family ::..,
anak ibu,
cuti-cuti,
penang,
suamiisteri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalam zira,
kan3
kalo anak epy
kita laaaaagiiiii epy :)
Post a Comment