SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, February 25, 2015

cuti cuti family - part 3


bila duduk hotel ni, selain kolam, satu lagi yang best bila makan sarapan. Allah. serius heaven! kalau selalu sarapan sendiri kat uma satu macam je makanan. sarapan kat hotel ni bermacam macam. sampai tak larat nak makan semua. dari minuman yang pelbagai jus yogurt air panas semua. pelbagai roti gebu gebas. nasi lauk mee bubur buah. ah! semualah ada.

cik zira ni memang akan cari nasi jugak. lepas tu amek nasi lemak penuh satu pinggan. silap percaturan. dahlah jadi tak boleh nak menyumbat makanan lain. makan sosej nuget fries chicken slice sume makan. kuey teow goreng penang style. buah. air yogurt. kenyang sebab nasi lemak amek banyak habiskan. banyak lagi menu tak rasa. menyesal! adatlah tu. setiap kali makan hotel balik ingat balik memang menyesal. setiap kali!

siap makan sosej kambing tau. betul bau dan rasa kambing. fuh! beger daging kambing pun pernah beli buat. rasa kambing sangat. tu dalam esbok tu ada lagi beger kambingnya. agaknya kena masak bagi garing betul hilangkan rasa kambing tu. erk, boleh ke?





suamiku plak jenis pagi memang tak boleh isi banyak. khalisah pun lagilah makan sket sket je sebab tak sabar nak mandi kolam yang cik zira cerita cuti cuti family - part 2 semalam.

nasib baik tak snap gamba makanan yang ada satu satu letak sini. nasib baik. kalau tidak, lagilah perasaan menyesal tu menyelubungi diri sebab roti gebus tak makan, kuey teow sup pun dan banyak lagi tak merasa.

oklah. rasanya sekian sahaja cuti cuti family - part 3 ni. tak boleh cerita panjang pasal makan. kita sambung entry besok plak. ada lagi yang nak cik zira kongsikan cerita cuti cuti kami!

bersambung ...

1 comment:

arysha_fayyadh said...

He3,
kalo buffet style ni
memang konsep makan adalah celup2 rasa2 gitew2 sajork
baru boleh rasa semua foods
kalo tak kaaaaa ruuuuuugiiiiiiiiii he3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails