SILA KLIK
KAMU-KAMU YG KUHARGAI
Tuesday, February 24, 2015
cuti cuti family - part 2
okeh semalam mukadimah kan. cerita sikit ciri ciri park royal penang yang membuatkan cik zira berkeputusan nak stay sana dengan suamiku dan khalisah untuk satu malam rehatkan diri. saja nak belanja suami dan anak bercuti di hotel.
suamiku on je mana mana pun. khalisah lagi on. balik je umah duk ajak "ibu, jomlah duduk hotel mandi kulam lagi ibu"
yelah khalisah, khalisah ingat ibu tauke hotel ke suka suka hati nak duduk hotel. kena simpan duit dulu wahai anak baru dapat duk hotel.
ok, cuti cuti family - part 2 ni cik zira nak bercerita pasal anak dara cik zira ni, siapa lagi kalau bukan cik khalisah tu. macam anak anak lain, khalisah pun sangat suka mandi kolam. tapi dia sebut kulam. khalisah takde baju mandi lagi, selama ni gi mandi kolam pakai je baju apa apa dan haritu pinjam baju kafeel, anak bff cik zira. jadinya, sebelum ke hotel, singgah dulu MR DIY beli baju mandi. murah sahaja, rm20++. yang untuk gegirl sexy sexy sangat. takmo! amek yang biasa tu. pilihan tak banyak. jadi amek warna kuning.
sampai hotel check in, berehat japla baring sume. lepas asar, dalam pukul 6 bawa khalisah turun gi mandi kolam dia tu ha. tak sabar sabar. babah yang layankan khalisah. ibu rehat dekat kusi cantik tengok dua beranak tu main air. petang tu khalisah banyak kali lemas. lama jugak mandi. kul 7 macam tu ajak dia naik bilik janji ngan dia esok pagi mandi lagi. petang tu mandi kolam budak tu ramai. jadi khalisah macam tak puas sangat.
esoknya tu, gi sarapan dulu. nak kejut khalisah bangun pun susah. dia penat sangat plus dah bape malam tak tido lena batuk teruk. tapi malam tu dia dapat tido lena, jadi tanak ganggu khalisah. ibu babah dah siap baru kejutkan cakap nak gi mandi kulam. dia terus terjaga nangis nangis nak gi mandi. tapi suh dia makan dulu. janji ngan khalisah kalau makan baru boleh mandi.
khalisah makan sket je buat syarat. tak sabar nak mandi. ikut babah naik bilik dulu amek baju mandi dia. ibu sambung makan makan makan.
ibu siap makan nampak dua beranak tu nak ke kolam ikut je dari belakang amek gamba. senyum suka tengok khalisah dah jadi kawan baik babah. kalau dulu duduk jauh jarang jumpa, khalisah takmo langsung dengan babah dia. sekarang dah duk sama, alhamdulillah. walaupun amek masa dan walaupun kadang khalisah tanak kawan juga ngan babah.
siap berpimpin tangan gi kolam macam bf gf pulak ibu tengokkan. pagi tu mandi dalam kul 9.30 kolam takde orang langsung sampailah nak naik bilik hotel. jadinya, puas hatilah anak dara ibu tu mandi dua je ngan babah dia. ha, kalini mandi khalisah tak lemas. dia dah pandai bajet. siap main sliding gelap tu lagi. terus tanak naik dah dua dua sebab laju sangat tak nampak apa apa. keluar je sliding tengok khalisah macam nak lemas dah. tulah ibu yang suruh naik sangat.
naik kolam duk rilek dekat tepi pantai kejap sebelum balik bilik. cantik. khalisah suka tengok laut katanya. ibu pun suka tengok khalisah happy wahai anak.
pendek kata, khalisah happy dapat main dan mandi kolam. nanti ada rezeki ibu babah bawa duk hotel lagi k.
oh, balik hotel esoknya khalisah cirit birit. sehari lebih 10 kali salin pampers cebok. risau. hari ketiga tanya kawan kawan. rupanya ada sorang kawan bagi tahu sebab telan air kolam. betul lah tu. memang banyak pun dia telan time lemas lemas tu. patutla. pastu kawan kawan suh stopkan susu. masuk hari keempat dah kurang sket tapi najis tetap hitam dan cair. kesian khalisah sampai penat setiap kali nak berak tu. malam je nanti tut dia melecet nangis jerit jerit. penangan mandi kolam punya pasal. next time ni kena jaga jaga jangan bagi dia minum air kolam.
ok. tamat cuti cuti family - part 2. kita sambung esok plak untuk cuti cuti family - part 3. cite apalah plak oi cik zira
bersambung ...
Labels:
..:: family ::..,
..:: tips ::..,
anak ibu,
cuti-cuti,
penang,
suamiisteri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment