SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, February 23, 2015

cuti cuti family - part 1


Assalamualaikum dan salam sayang salam kesejahteraan buat semua. harini update blog hati ada senyum sebab sepanjang 9 hari bercuti macam macam kenangan manis masuk lagi dalam diari cik zira. walaupun harini dah kena kerja balik kejap lagi tetap happy tak sabar nak jumpa anak anak di sekolah. sian khalisah kena tinggal balik uma dima maklong maklang makcik maksu jagakan. berkorban ye anak, dapat ibu bekerja macam nilah. bukan 24 jam boleh dengan anak kan? tapi bila cuti akan pastikan anak dibawa berjalan bagi khalisah happy. betul tak ibu ibu bekerjaya semua? =)

baiklah. sebenarnya macam senyum lagi tengok tajuk entry ni. alahai. lama dah zaman dulu dulu rajin buat cerita sampai berbahagian bahagian entry nya. macam banyak je kan nak cerita tak boleh masuk satu entry je. yelah, blog ni kang kalau panjang sangat pun orang tanak baca. lainlah kalau awak tu retis, blogger fofular baru ada orang sanggup baca sari huruf pertama sampai ke noktah yang terakhir.

wah, mukadimah cik zira! nampak sangat happy suka ria dapat update blog dan berkongsi cerita. In Sha Allah.

baiklah. di entry seminggu lepas, isnin 16 februai 2015, cik zira suamiku dan khalisah bercuti pendek satu malam di Parkroyal Penang, batu feringghi. book dari booking.com kegemaran cik zira setiap kali bercuti nak book hotel.

sekarang kalau nak bercuti, ciri ciri hotel yang cik zira cari ialah :

  • keluasan bilik hotel tu supaya khalisah yang aktif tersangat ni dapat buat kerja dia. berlari ke projek juta juta ke. macam park royal ni suka sebab bilik dia nampak luas dalam gamba, lepas tu ada balkoni. harga pun ok. satu malam book dari booking.com sekali tax 16% tu ialah rm432++ macam tu. bilik suite biasa tak silap. tak ingat nama bilik. katil besar
  • paling penting kolam mandi. khas untuk khalisah. bawa hotel konpemlah nak mandi kan. lepas tu pulak dalam gamba tengok ada sliding. macam best je. sebab tulah lagi suka nak book park royal
  • ketiga, tak semua hotel ada sediakan tempat main khas untuk anak anak. tengok gamba park royal ada! lagilah suka. konpem terus booking.








bab makan breakfast termasuk sekali tu memang wajib lah. sorga kot dapat breakfast hotel macam ni, fuh segala jenis makan ada. lagilah yang ramai mat salleh minah arab sume orang luar, jadi kepelbagaian makanan tu lagi meriah.

penang ni kan hotel hebat hebat! banyak lagi nak duduk hotel kat sini. takyah cuti jauh jauh. kecuali kalau nak ke pulau pulau cantik tu memang kena keluar penang. hard rock pun dalam senarai. belum berkesempatan. In Sha Allah kalau ada rezeki bawa khalisah bercuti lagi.

tapi, the best hotel ever untuk cik zira ialah Grand Lexis. tetap nombor 1. eh pendek kata, i just love hotel! bilalah nak dapat rumah ala hotel tak payahla nak kalut sangat asek nak bercuti duk hotel semata nak sejuk nak kolam mandi takyah kemas kemas. hehe

ok, entry ni mukadimah je k. nanti next entry part 2. ni nak cerita pasal hotel ni dulu.

bersambung ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails