SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, April 15, 2015

menu petang : mee soto


ini kalau dapat balik JB makan soto dekat sana memang terbaik. kat penang ni payah kot nak dapat merata sebab bukan makanan orang sini. sini banyak sup utara. laksa utara.

makanya, haritu lepas selesai malis pertunangan cik yap khalisah tu, atok semua dah balik, cik yap ikut khalisah balik tingkat 9. petang tu cik zira masak mee soto makan sama sama. tak tahu nak masak apa. rempah soto pun ada beli haritu tak guna lagi.

tumis bawang merah bawang putih dan halia yang dah diblend. masukkan air secukupnya, masukkan rempah dan rebuskan. masukkan garam secukup rasa.



bahan bahan lain takde sangat. cik zira rebus ayam dan siat siat isi ayam. tauge. tu jelah bahan yang ada. lain malas. lepas tu buat sambal kicap bagi mengancam sket bila campur dengan kuah soto tu. pedas lagi sedap kalau makan soto ni. sambal kicap tu penting.

sekarang ni kalau pergi supermarket segala macam rempah ada. mudah sangat nak masak. bape minit dah siap. nak tak nak je.



haritu makan soto dengan mee kuning. kalau ada ketupat segera tu pun mesti sedap. nak guna bihun malas nak rendam. guna yang cepat sahaja.

selamat memasak ye semua!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails