SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, May 28, 2015

dah belikan telekung


dah lama cik zira nak belikan khalisah telekung. akhirnya dapat jugak belikan. beli dekat mydin je kain jenis lycra warna dark brown. warna merah sama dengan ibu takde pulak. saiz khalisah tu rm29.90.

punyalah teruja khalisah ni suh ibu pakaikan. lepas tu taknak buka pakailah duk dalam troli tu. sume pandang pandang ibu senyum je. berjalanlah dalam mydin tu dengan khalisah bertelekung lepas tu ada satu masa tu dia solat baca ngaji kuat kuat. alahai anak. malu ibu.




sekarang khalisah dah boleh solat dengan ibu babah pakai telekung. comel sangat ibu tengok bila khalisah pakai telekung tu. ceh, puji anak sendiri plak.




khalisah, ibu selalu doa khalisah jadi anak yang baik. dengar cakap ibu. nanti bila sampai masa rajin solat tak tinggal. ingat Allah. tu ibu selalu doa untuk anak dara ibu ni. mudah mudahan Allah akan makbulkan doa ibu untuk khalisah. amin

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails