SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, May 25, 2015

Taman Burung, Seberang Jaya


Salam sayang buat semua.
cik zira tak tahulah ni pergi bila. tengok gamba baru teringat belum cerita.

baiklah. cik zira mulakan entry hari Isnin minggu ni dengan cerita khalisah ke taman burung. sebenarnya ajak bakal makcik khalisah keluar jalan. google la apa yang ada dekat seberang jaya tu. sekali jumpa pasal Taman Burung, Penang.





kitorang sampai time waktu panas. nak tengok tengok lama pun panas. sampai pukul 2.30 petang macam tu. jalanlah bawa khalisah tengok burung burung yang ada. buaya tempatnya ada buayanya takde. sian khalisah tak dapat tengok buaya.

macam macam burung ada. paling best burung hantu. tegak je mata bulat tak gerak. dahla takde sangkar. kalau tengok lama lama burung hantu tu memang seram jugakla. hehe

dah penat jalan berhenti jap dekat pondok beli air minum. khalisah makan ais krim cornetto. lepas tu sambung jalan lagi nampak ular pulak. ular tido kata khalisah. khalisah siap kejut ular suruh bangun.

pukul 3 lebih nak dekat kul 4 ada Bird Show. khalisah duduk tengok burung burung cerdik buat persembahan. siap tepuk tangan happy. habis je show terus ajak balik. khalisah pun dah penat. bila tanya khalisah happy tak. "happy" khalisah jawab




lepas tu terus ke Sunway Carnival Mall nak bawa khalisah main sekali penuhnya umat manusia. tak jadi main tingkat atas sekali turun bawah sekali main mainan yang kena letak RM1 tu jela. bagi dia main sampai puas.

lepastu gi makan. khalisah dah buat perangai dalam KR tu. habis makan balik rumah bakal makcik khalisah tumpang asar. khalisah masuk kereta terus tido kepenatan sebab masa tu dah pukul 5 lebih. dia dah penat sangat dah tengok burung burung.

Taman Burung tu ok. burung macam macam. kalau siapa suka burung bolehlah pergi. kalau tak nanti bosan sketla sebab burung je kan. ada tambahan macam ular buaya tu je. tiket plak macam mahal seorang RM20++ nak dekat RM30. baik gi zoo taiping macam macam binatang ada tiket belas belas je.

tapi oklah kan. bawa khalisah jalan jalan tengok burung. isi masa terluang. kalau bawa anak anak dorang sukalah tengok burung banyak macam ni.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails