SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, June 11, 2015

khalisah ikut pergi hari sukan sekolah ibu


ni cerita lama dah. beberapa minggu lepas. seminggu sebelum cuti dua minggu ni. biasanya kalau ada sekolah kena kerja hari sabtu, cik zira akan bawa khalisah kalau boleh bawa. kalau ada meeting memang tak bawa. tapi biasa memang dari dulu duduk jb pun mana pergi yang boleh bawa cik zira memang akan bawa khalisah. tanak susahkan orang jaga khalisah. selagi boleh bawa bawa je.




pada hari kejadian, cik zira bertugas sebagai emcee bahagian penyampaian hadiah. jadinya memang tak gi mana pun lah. duduk je bawah khemah. khalisah pun sama. bising belikan belon upin ipin. diam jap. siap ibu ni kelam kabut buatkan susu time duk pegang mic.




tapi nasib baik khalisah tak perangai bukan bukan. faham kot ibu tengah keje. upah belon oklah. khalisah memang suka ikut ibu gi keje. kalau sabtu nak bawa, jumaat tu dah pesan tido awal nak bangun pagi ikut ibu gi sekolah ibu.




pengalaman pertama khalisah ikut ibu hari sukan. masa sekolah lama dulu hari sukan tak pernah bawa sebab tahu nanti khalisah penat. ni sekolah dekat je bolehlah bawa.

terima kasih khalisah teman ibu ikut ibu gi keje hari sabtu. khalisah memang best. hehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails