SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, June 15, 2015

Tips : supaya khalisah nak pergi sekolah


alhamdulillah syukur pada Allah. maka harini dah tamat cuti penggal pertama selama 2 minggu 2 hari. minggu pertama di JB dan segamat minggu kedua cuti di penang sahaja.

harini cik zira bekerja semula mencari rezeki dan khalisah pun sekolah balik. harapnya sekejap lagi hantar khalisah sekolah dia ok je lama tak jumpa teacher dan kawan kawan.

ok, ni apa cik zira selalu cakap dekat khalisah kalau nak suruh dia suka pergi sekolah. cik zira kongsikan sket ye :


  • ibu kena pergi kerja cari duit nak belikan khalisah pampers susu. khalisah nak beli macam macam kalau ibu takde duit nanti tak boleh beli tu sume
  • kalau ibu gi keje khalisah kena sekolah duduk dengan teacher main dengan kawan kawan 
  • khalisah jadi budak baik tau main elok elok dengan kawan kawan. kawan sume nak main dengan khalisah
  • sekolah best ada taman ada buai ada gelongsor ada mainan banyak
  • nanti petang babah ibu amek khalisah ye

alhamdulillah hari pertama dia sekolah ok. hari kedua ketiga sedih sket anta gi sekolah. teacher khalisah cakap khalisah ni garang suka marah kawan kawan dia tapi nasib baik tak memukul. risau jugak.



untuk tahun ni dan tahun depan khalisah 3 tahun rasanya memang cik zira anta khalisah half day dulu. hantar nak gi sekolah tu. sebab rasa kecik sangat lagi kalau anta dari pagi nak suruh start blaja dah. memang ada risau jugak tengok anak orang lain dah pandai macam macam. khalisah ni abc tak kenal lagi. tapi one two three satu dua tiga okla sampai 10 tu.

takpela kan. anak ni lain lain. kalau nak paksa pun tak boleh jugak. biar je dia buat apa dia minat. bab cakap tak payah risau dah khalisah memang cakap banyak dan cakap macam orang tua dah. berdikari pun memang berdikari. banyak benda dia dah boleh buat sendiri. khalisah sama ibu jenis berdikari.

tunggu umo 4 tahun nanti baru anta khalisah blaja sekali. harap masa tu khalisah dah rajin dah boleh nak terima apa yang kena belajar. ibu doakan khalisah jadi anak bijak dan rajin belajar. jadi anak solehah. dah besar lagi sket baru ibu kasi adik k. ehem ehem.. ;)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails