SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, July 6, 2015

Khalisah : potty training


alhamdulillah. minggu depan, 17.7 genaplah umo khalisah 2 tahun setengah. umo 2 tahun lebih dah rasa macam umo 4-5 tahun sebab khalisah ni dah banyak faham macam orang tua. cakap mulut tu tak payahla nak cerita memang macam mak nenek. banyak cerita dia. dan khalisah ni memang seorang anak yang berdikari dalam banyak hal.

ok baiklah. harini cik zira nak berkongsi cerita tentang potty training untuk khalisah. sebenarnya lama dah khalisah minta tanak pakai pampers. dia cakap dia dah beso. tapi ibu ni yang malas je nak start.

tapi selalu la jugak cakap ngan khalisah, nanti khalisah dah beso tak boleh pakai pampers tau. umo 3 tahun takleh pakai pampers dah. khalisah ni jenis simpan dalam memori dia kalau pesan dan cakap banyak kali. samalah macam dulu nak lepaskan nenen dia sebelum umo 2 tahun lagi. cakap je elok elok dalam masa seminggu dua khalisah dah tak nenek padahal khalisah ni penenen tegar la jugak. jadi senang nak buat sesuatu pesan dan sentiasa cakap ingatkan dia.

jamban uma comel kitorang ni jenis jamban duduk dan tinggi. cik zira ada belikan cover jamban untuk khalisah dah lama dah awal tahun dulu tapi tak fit saiz jamban yang ada bila letak atasnya. dia bergoyang. khalisah jadi takut nak duduk atas tu. apa yang khalisah buat, dia panjat jugak tapi pegang kepala paip dengan pegang dinding nak bagi tak termasuk dalam lubang jamban.

khalisah memang dah tahu nak cakap bila nak kencing. nanti dia buka pampers pergi sendiri toilet dan kencing. cebok sendiri mandi sume dia memang dah tahu.

dan sampailah pada suatu hari di hari sabtu. cik zira nekad nak train khalisah satu hari tu. dari pukul 11 pagi sampai ke pukul 3 lebih je sebab nak keluar lepas tu. kenapa nekad? sebab dah belikan khalisah jamban comel gamba lembu. beli dekat lazada rm69 sahaja. best sebab dia boleh buka untuk cuci. seronoklah khalisah tak saba nak cuba guna jamban dia tu.



hari pertama cuba, pakaikan khalisah seluar dalam. uma ni memang nasib baik takde kapet. jadi senang. pertama kali dia minta nak kencing dan kencing dalam jamban dia ibu yang teruja tepuk tangan puji puji dia. selama 4 jam tu, adalah 5-6 kali khalisah cakap dan pergi jamban nak kencing. ibu pun setiap 30 minit tanya nak kencing tak nak kencing tak.

dua kali tercicir. satu dekat lantai dia tak sempat cakap. ibu marah sket je pesan. laplah lantai ibu pun. satu lagi sebab khalisah cakap nak kencing tapi ibu ingat dia tipu sebab baru je kencing. dia kencing atas kusyen. membasuhla kusyen dan sarungnya pulak. takpe, sabar. takleh marah. nanti dia takut.

buatkan khalisah kad untuk tampal sticker setiap kali lepas kencing kat jamban. dia suka. setiap kali kencing nanti dia amek sticker tampal dekat ibu tulis waktu. tapi lepas tu bila ibu tak nampak dia main sticker tu tampal lah contengla kadnya.



esoknya hari ahad pun pakaikan seluar dalam. tapi sekejap je jugak sebab lepastu pakaikan pampers sebab khalisah tak biasa lagi berak kat jamban. beberapa kali percubaan tak berjaya. last last pakaikan pampers jugak baru dia boleh berak. hari ahad tak cicir. alhamdulillah.

hari biasa dia nak pakai suar dalam ibu plak malas. sian dia. bila anak dah semangat ibu plak malas. sabtu ahad bolehla pakaikan suar dalam sebab cuti.

harap harap tak lama je lagi khalisah dah tak pakai pampers. malam tu lah kena latih betul betul. yang tu kena amek masa la kan.

cik zira ada jugak tanya tanya kawan yang berpengalaman untuk rujukan. In Sha Allah. semoga dipermudahkan urusan yang satu ini. kena usaha lebih. ni tugas ibu ibu ni, walaupun sibuk kerja macam mana pun, ibulah yang pantau perkembangan anak. bapak? alih alih tak tahu pun anak dah tak pakai pampers. hehe



memang respek dengan semua mak mak. tahniah! kita semua ibu yang HEBAT!


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails