SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, July 13, 2015

terkilan dan kecewa


walaupun baru masuk tahun kelima jadi cikgu, banyak la juga keadaan yang membuatkan cik zira rasa kecewa. kalau bab bab keje pengkeranian ke apa, cik zira tak kisah tanak komen banyak sebab komen itu ini pun last last kena buat jugak sama je. jadi diam dan buat.

itu satu.

baru ni, jumaat lepas, sekolah ada buat hari terbuka, hari ibu bapa datang sekolah jumpa cikgu kelas untuk amek pelaporan periksa anak-anak setengah tahun.

cik zira jaga kelas kedua. habis setel cik zira kena panggil dengan penyelia petang. budak kelas pertama waris dia suh pesan kat cikgu english anak dia takut dengan teacher. bagi tahu cikgu english tu. jumpa cikgu kelasnya pun cikgu kelas cakap budak tu siap nangis nangis depan waris dia sebab nak tunjuk takut sangat dengan teacher.

Allah.

tak tahu nak cakap apa bila tahu siapa budak tu. sebab dalam kelas pertama tu, memang ada dalam 7-8 budak yang tak boleh faham bahasa inggeris. ok itu boleh terima. tak boleh faham lepastu malas, cik zira mengajar depan tak nak dengar betul betul. baru cakap 5 saat soal balik macam cik zira tak aja pape duk berdiri depan je. tak boleh jawab langsung. padahal guna bahasa yang simple, kadang siap ulang dalam bahasa malaysia balik.

budak ni, cik zira malas kadang nak marah banyak sebab tahu marah pun tak guna. tapi ada budak yang cik zira marah dan dan situ jugak air mata bercucuran. tapi budak satu ni tidak.

anak anak, kalaulah awak ni semua tak buat salah, teacher TAK AKAN marah tanpa sebab. dah tak buat salah, takkan teacher masuk kelas alih alih marah?

budak lain semua ok. sebabnya dorang faham dan dorang denga tumpu perhatian. yang 7-8 orang ni, dahla tak berapa ok, bila explain tanak dengokan betul betul. mengelamun. bila tanya TAK BOLEH JAWAB!

cik zira memang garang. tapi garang marah denda bersebab. bukan semua kena. yang buat salah je kena. bukan keje cik zira masuk kelas asek nak marah je, banyak keje lain nak buat.

takpe, sabar. bulan puasa.

tapi masih kecewa dengan budak itu. budak lain kena marah lagi teruk dari dia siap ada menangis. sume tu pengajaran. kan lagi elok dimarah daripada cikgu biarkan je tanak amek tahu ko paham ke tak paham ke lantak. bunyi loceng cikgu keluar. cik zira bukan cikgu macam tu =(

dan cik zira bukan cikgu yang bila parents jumpa pasal anak, cik zira ignore budak tu. tapi yang satu ni memang kecewa sangat. memang dia ada salah sebab tu kena marah. kalau takde sebab buat apa nak marah?

oklah. kepada budak itu. In Sha Allah, teacher akan buat awak senang hati sampai akhir tahun. kepada waris nya jugak, terimalah penyudahnya. adalah lebih baik waris itu datang berjumpa sendiri ngan cik zira daripada suruh cikgu lain sampaikan itu ini. awak tak tahu apa jadi dalam kelas. awak tak tanya budak lain macam mana anak awak tu keadaannya dalam kelas english. teacher hanya nak bagi anak awak faham. tak banyak sket pun jadilah. ke awak memang nak anak awak tak dapat apa apa datang sekolah? tanyalah budak budak lain, siasat dulu. macam mana teacher mengajar dalam kelas. marah je ke sepanjang masa?

ibu bapa. mohon jangan percaya bulat bulat apa yang anak anak cakap dan adukan. cikgu cikgu dah cukup arif dah dengan anak anak di sekolah. ramainya yang mengadu benda tak betul. berdrama je lebih. tolong siasat dulu. jangan salahkan cikgu sepenuhnya. anak awak kalau tak bersalah takkan kena marah. budak lain ada je yang tak kena marah.

ini entry terkilan dan kecewa. kisah seorang cikgu. kisah bila ibu bapa tak hargai cikgu langsung dengan cara macam ni. ini memang kisah benar zaman sekarang.

payah sangat nak jumpa mak bapak datang sekolah jumpa cikgu suruh pukul anak ke marah anak ke kalau tak betul. dah jarang sangat jumpa. ramainya datang dengan sombong tanya itu ini nasihat itu ini seolah cikgu ni macam apa.

semoga nanti bila khalisah masuk sekolah, cik zira tak jadi macam tu. Aamiin. minta jauh Ya Allah.

cik zira jadi cikgu sebab cik zira minat. minat sangat. lepas tu cik zira bersyukur Allah bagi rezeki dengan jadi cikgu. jadinya kena jadi cikgu yang betul betul cikgula. sebab duit gaji tu rezeki Allah bagi. kalau sambil lewa semua Allah akan kira.

Masha Allah.

lama lagi nak berkhidmat. semoga Allah sentiasa memberkati cikgu cikgu sume. memberi kesabaran yang tinggi. dan berusaha menjadi cikgu yang lebih baik. Aamiin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails