SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, October 8, 2015

Legasi Hj Kudus di Pen Mutiara


cewah. legasi siap!
sempena mak ngah khalisah dah habis cuti dan perlu kembali ke jepun menyambung pelajaran kat sana, makanya pak mertua cik zira telah mengajak anak cucu menantu sume makan malam sama sama di Pen Mutiara sebab esoknya mak ngah khalisah dah nak balik jepun.



cik zira ni dengan baju baju kerja tak balik uma lagi pun terus join makan sama sama satu femly besar Hj Kudus. ini pun ada beberapa cucu dan menantu yang takde.

seronok bila dapat kumpul sama sama ni. cucu kan ramai 20 orang. habislah gamat pen mutiara tu dengar riuh rendah dorang ni lari sana sini, jerit sana sini. khalisah pun sama naik.

makanan licin kitorang bedal. sedap! kari kepala ikan dan sotong goreng tepung memang best dekat Pen Mutiara ni. lenkali nak tapau sotong goreng tepung je buat snack kat uma cicah sos ayam thai tu. sedapnya!!

esoknya, sume orang anta mak ngah kat epot, cik zira tak dapat anta wakilkan khalisah dia ponteng sekolah sebab nak spend last time dengan mak ngah. ibu kena kerja tak boleh ponteng suka hati macam khalisah.

khalisah mengantuk. mak ngah depan skali. ni masa kat epot


selamat berpisah sementara ye mak ngah. nanti jumpa lagi. kalau ibu babah cukup duit lehla bawa khalisah jumpa mak ngah kat jepun nanti. selamat berjaya mak ngah untuk phD kat sana. belajar rajin-rajin. nanti khalisah nak ikut jejak langkah mak ngah belajar tinggi tinggi sebab ibu suruh =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails