SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, November 6, 2015

BFF ibu


sesungguhnya BFF ibu sejak ibu mengandung ialah anak ibu sendiri, KHALISAH. mana tidaknya, mana cik zira pergi mesti nak bawa khalisah sekali. kalau pergi sendiri sorang sorang ke berdua dengan suamiku rasa macam tak lengkap. memang tak reti tinggal khalisah. kecuali kalau meeting atau ada hal yang memang tak boleh bawa.

walaupun khalisah tak reti diam, suka lari sana sini, dan memang hobi suka buat ibu marah, buat ibu naik angin, tapi ibu tetap bawa khalisah mana mana je ibu pergi.

macam baru ni, cik zira bawa khalisah gi queensbay sebab nak buka puasa dekat luar. babah khalisah takde gi langkawi. balik keje amek khalisah terus shoot ke qbay. pastu janji nak belikan khalisah mainan barbie sebab khalisah tolong jadi model ibu untuk arabian costumes.

dalam kereta pesan, teman ibu solat, makan lepastu ibu bawa khalisah beli mainan k. nanti khalisah pilih tau nak mainan apa, ibu belikan. tapi janji makan bagi habis dulu.

kena pesan macam tu barulah khalisah behave sket. sket je. lain lain tetap buat ibu marah. berlari sana sini. masa makan sepahkan meja jatuhkan itu ini. haisyh.. anak anak.



bila habis setel sume, terus tunaikan janji. masuk jusco pergi bahagian barbie. suh dia pilih. lama ibu tunggu anak dara memilih. sekejap inilah sekejap itulah. dalam masa setengah jam jugak, last last dia pilih barbie kecik je yang bajunya keras leh ganti ganti baju. belikan 3 set. dua patung dengan 1 set lagi baju baju. siap ada cincin khalisah boleh pakai. nasib baik murah je, RM50.

khalisah happy. terima kasih ibu belikan khalisah mainan, katanya.



balik terus buka main. dalam keta lagi nak buka ibu tak kasi. ibu ni kata je tanak belikan khalisah mainan dah. ibu sendiri tak boleh percaya. haha

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails