SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, November 3, 2015

Rak Mainan Hello Kitty


khalisah suka mainan. kalau pergi mana mana ada je dia pau mainan dengan ibu. dengan babah tak sangat sebab ibu yang selalu bawa khalisah berjalan temankan ibu. cakap jela apa mainan khalisah takde. bukan mainan perempuan je tau, mainan laki pun khalisah ada. pistol senapang, ultraman sume tu. pun jadi koleksi dia.

sebelum ni mainan khalisah ibu simpan dalam bakul, dalam beg kertas asingkan. tapi kadang ada yang khalisah tak nampak dia tak main.

dan akhirnya, masalah ini selesai lepas ibu belikan khalisah Rak Mainan Hello Kitty. beli dari instagram je. sebelum tu macam biasa cik zira akan usha dan tengok dan tanya mana yang paling murah sebab bendanya sama je.

ada banyak design rak. tapi cik zira berkenan yang ni sebabnya satu, dia Hello Kitty. khalisah memang suka hello kitty dulu sebelum dia kenal frozen yang khalisah sebut pojen. keduanya, sebab dia ada bakul bakul, kotaknya ada pemegang. jadi bila nak main boleh angkat kotak tu dengan pemegang keluarkan dari rak tu. habis main simpan balik. ketiga sebab kotaknya ke dalam bukan ke luar ke depan nampak tak berapa kemas. yang ni nampak kemas lah sket.

harga tak silap, RM230 inc postage. nak pasang pun senang. masa sampai tu khalisah teruja sangat. dia yang buka kotak keluarkan dan cuba nak pasang sendiri. konon je. kudrat takde ada hati nak pasang sendiri. baru pasang 1 pemegang kotak tu dah tak kuat. yelah, tangan kan kecik je.



bila khalisah tido dengan atok nenek dekat hotel, babah lah tolong pasangkan rak tu. ibu pasangkan pemegang kotak. ada 9 kotak isi mainan. 3 yang beso dan 6 yang kecik. bila babah dah siap pasang, apalagi, keje ibulah esok pagi kemaskan mainan khalisah dan sort kan ikut kumpulan mainan. senang khalisah nak main.



kotak untuk patung patung, masak-masak, makanan tipu2, lego dan banyak lagilah. tu pun cukup cukup 9 kotak tu untuk letak sume mainan khalisah. yang bebeso tak muat masuk bakul lain.

nampak kemas macam ni. khalisah nak main pun senang. dia nampak apa yang dia nak main. lepas main pun khalisah kemas balik dan simpan balik dekat rak mainan tu.




rak mainan dah beli. lepasni aim ke ikea nak belikan khalisah dapo dengan set meja kusi. nanti pindah umah bawah lehla buat tempat khas untuk khalisah main bila ibu buat keje-keje ibu. tak sabar =)

2 comments:

cik chinta said...

mainan firuz pon masuk bakul2 je. rasa cm best lak ada rak ni. npk lebih teratur

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Haah senang. Kemas. Ada untuk boboy jgk. Pattern ni x banyak design. Kalau yang kain tu macam2 ada tapi x minat plak yang tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails