SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, November 2, 2015

risau


ini cerita khamis lepas
dapat text whatsapp dari ina, adik bongsu. abah mama eksiden. Allah. jantung rasa macam berhenti sekejap. tapi lepas ina n jeri cakap ok mama abah takde apa apa. kereta je teruk, terus lega bersyukur Allah selamatkan keduanya.

kejadian di trafik lite abah amek mama balik keje, lori belakang tak cukup brek tak sempat hentam keta abah, abah hentam keta depan. abah dah perasan dah kat cermin lori tu, abah hon kuat-kuat tapi sebab tak boleh nak buat apa, lori tu hentam jugak keta abah. dan sebab abah tengah tengah tu keta depan belakang pun kena.






terus cerita kat khalisah. muka khalisah terus berubah jadi sedih.

"ibu. jomlah balik tengok atok ngan nenek"
"ibu, macam mana ni? macam mana ni ibu?"
"lori langgar kereta atok ea ibu?"
bla bla bla bla

memang khalisah membebel je tak berhenti. dia nampak sangat risau. kalaulah dekat segamat tu, memang dan dan tu jugak ibu bawa khalisah balik nak.

nasib baik ina dengan jeri esoknya gerak balik segamat wakilkan cik zira dan yap yang di penang ni. doa dari jauh semoga abah mama sentiasa dilindungi Allah. baru je spend masa sama-sama dekat penang ni dua minggu lepas.

tapi bersyukur sangat takde apa apa. janji ngan khalisah t cuti sekolah ibu babah bawa khalisah balik segamat jumpa atok ngan nenek.

khalisah dah kol cakap dengan atok nenek dia baru dia lega tak bebel bebel dah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails