SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, January 4, 2016

Hari-hari kami di rumah baru

Alhamdulillah syukur. Terima kasih Allah sebab permudahkan segala urusan.

23,24,25 disember mengemas packing sume barang. Sabtu 26hb mula angkat barang. Suamiku dan geng geng mengangkat barang sampai ke tengah malam setelkan.

Bila bawa keluar nak angkut ke bawah bawa masuk lori barulah tahu yang barang tersangatlah banyak. Boleh sumbat satu bilik kecik kat tingkat 9 tu. Hehe



27hb ada lagi sket angkut barang dari tingkat 9. 28hb start keje meeting sampai ke 3.30 petang. Barang barang display cik zira oder dekat nikorex sampai. Baju baju sume gantung dekat stand je. Sume barang senang nak nampak takde guna almari.

Cik zira amek masa hampir seminggu jugak nak setelkan kemas semua. Mana mana barang yang tak guna semua diangkut 27hb dua trip.

Cukup seminggu dah berjaya kemas semua. Siap sapu mop atas bawah. Biasa kat tingkat 9 tak sampai setengah jam siap sau mop uma. Uma ni? Satu jam baru siap semua. Huhu

Kemas dapo. Bilik bawah sket sebab takde barang apa sangat. Ruang tamu, ruang solat. Bilik utama tu la amek masa sebab semua barang sumbat bilik beso. Lagi dua bilik dengan ruang tamu atas takde penambahan biar gitu je.

Ruang main khalisah pun ada. Ruang keje ibu pun ada. Senang bila ibu buat keje khalisah main.

Syukur. Dah selesa. Terima kasih Allah.

Rindu jugak bila teringat dekat tingkat 9 :)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails