SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, January 2, 2016

Keluarga kesayangan

Assalamualaikum wbt.
Oleh kerana harini merupakan hari kedua di tahun baru 2016, cik zira pun nak berkongsi atau lebih tepat nak mengimbau kenangan cik zira dan keluarga tercinta pertengahan bulan lepas.

Oleh kerana ada majlis di sungai petani, makanya sume ahli keluarga dapat berkumpul sama sama di penang.

Cik zira book bayview beach resort dekat batu feringgi. Dua bilik family. Satu bilik tu ada 1 katil extra double dengan 2 katil single. Jadi dua bilik cukup untuk kami 4 perempuan 4 lelaki tak masuk khalisah. Kiranya 1 bilik untuk laki laki 1 bilik untuk perempuan. Bilik pun dekat je. Memang khalisah berjalanlah kejap bilik sana kejap bilik sini pastu acara wajib khalisah mandi main air dalam bilik air dua dua bilik hokeh!



Perjalanan kitorang bermula tidak cantik. Stress dari gelugor ke hotel amek masa 2 jam. Gila tak? Macam dah nak gi kl padahal dekat je. Haritu, 12/12 sangatlah bz jalan ke feringgi. Jenuh tunggu nak sampai hotel. Check in pun dah pukul 6pm. Rehat je sampai hotel khalisah mandi kolam dalam bath tub je.

Malam, kitorang makan dekat restoran tarbush je sebab dekat dengan hotel. Makanlah masakan arab. Situ paling sedap tak lain tak bukan memang beriyani dia lah. Nasi sangat sedap. Macam macam menu kitorang try. Kekenyangan. Lepas tu jalan jalan sekejap kat night market. Sekejap je pastu tak beli apa pun sebab takde pun yang menarik hati plus hujan malam tu. Sume tido betul betul sebab seharian penat.



Esok pagi semua layan khalisah mandi kolam pagi pagi. Sampai lemas pun ye khalisah terjun kolam dewasa kaki tak sampai. Haha. Padan muka. Khalisah lemas ibu gelak gelak kan khalisah. Apa punya ibula.. ;)

Lepastu kitorang breakfast sama sama pukul 11am lepas khalisah dah puas main air.

Balik bilik, rehat kejap kemas kemas, kitorang buat seprais untuk ina sebab besday ina 13.12 tu. Nyanyi dengan bawa kek dan bagi hadiah set muka tati untuk ina.




Perasaan? Best. Hanya Allah yang tahu. Masa nak berpisah tu sedih sangat. Bukan senang dapat berkumpul semua macam ni. Bila dapat spend masa walaupun 2 hari rasa happy tak terkira. Khalisah terutamanya.

Tapi, khalisah pun faham. Bukan boleh lama dengan semua. Masing masing ada komitmen.

Tak apa. Ibu cakap ngan khalisah, lenkali boleh jumpa sama sama lagi dengan semua. In Sha Allah.

Lepasni sume berkumpul dah boleh tido uma khalisah ni sebab bilik ada dua. Rumah pun beso. Dulu duk tingkat 9 memang cik zira belanja duk hotel je bila femly datang sebab rumah kecik 2 bilik je kan tak selesa ramai ramai.

Next jumpa? In Sha Allah bulan Mac. Tapi x cukup sebab cik yap khalisah dah pindah sabah. Huhu

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails