SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, March 15, 2016

Cuti cuti balik kampung

Assalamualaikum salam sayang buat semua.
happy sangat menaip blog sebab tengah bercuti setelah 4 minggu yang sangat sangat sibuk dekat sekolah dengan setiap kali sabtu pun kena bekerja siap khalisah ikut teman ibu kerja tau.

makanya cuti 9 hari ni nak dimanfaatkan dengan sebaiknya. memandangkan cuti raya cina seminggu haritu tak dapat nak balik kampung sebab tak beli tiket flight awal awal, makanya cuti kali ni dah bersiap sedia nak balik kampung.

khalisah happy sebab minggu lepas hari kames atok nenek cik ina datang umah tido dengan dia. sekarang ni lega sket bila femly nak datang sebab dah sewa rumah besar. ramai ramai nak datang pun boleh.

jadinya haritu cik zira dan khalisah ikut atok balik segamat. sekarang masih di segamat. esok nak balik JB plak sebab lama dah khalisah tak jumpa tokbik dengan buyut tersayang.

rindu kampung sangat sangat. babah khalisah kena tinggal kat penang sebab takde cuti. baliklah kampung ibu ngan khalisah saja. habis cuti baru jumpa babah balik =)

oklah. saja ni nak update blog nak ucapkan SELAMAT BERCUTI buat anak anak semua. ibu bapa tu lehlah amek kesempatan k bawa anak-anak berjalan cuti cuti sekolah ni. bawa keluar makan pun anak anak dah happy sangat dah.

orite. nak sambung main dengan khalisah. tata!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails