SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, March 17, 2016

TIPS : ANAK TAK PAKAI PAMPERS


Alhamdulillah. Khalisah start train tak pakai pampers umo dia 2 tahun 5 bulan. Rasanya dah pernah share dalam blog ni cara cik zira train khalisah tak pakai pampers.

Khalisah tak pakai pampers sepenuhnya umo 2 tahun 8 bulan gitu. Malam pun tak pakai.

Selalu menjadi masalah pada mak mak nak train anak buang pampers ni waktu malam kan. Biasa malamla yang takut sangat nak lepaskan pampers tu. Takut tercicir jugak kencingnya. Memang!

Siang setel memang tak pakai pampera kat skola pun sama. Adala terkencing tapi tak banyak kali. Dimaafkan. Dimaafkan pun lepas kena denda teruk bila sekali terkencing tu.

Bab malam plak, dalam nak dekat sebulan jugakla cik zira pakaikan khalisah pampers. Tapi tak kencing kat pampers. Asekla ulang je pakai pampers yang sama. Last last beranikan diri sebab khalisah jenis bangum sendiri kejutkan ibu nak kencing malam dekat jamban. Tak pernah terkencing malam. Dia yang akan bangun sendiri bila rasa nak kencing.

Kadang mata pun tutup duk atas jamban tu tapi nasib baik tak jatuh dalam mangkuk jamban.

Senangla rupanya nak train khalisah ni bab pampers. Jimat la awal duit nak kena bila pampers. Tinggal duit susu jela.

Ha lagi 1. Ni tips la kan. Cik zira tahu bab kencing ni takleh dibawa main sebab najis. Ye memang betul.

Tapi, sekali kita dah train anak, kena tegas dengan pendirian kita. Jangan ikut cakap orang lain. Takpe kalau terkencing cuci basuh bersih bersih.

Ini bab apa plak ni? Ha, ini bab berjalan jauh dalam kereta. Cik zira perhatikan ramai ibu bapa yang bila jalan jauh pakaikan anak pampers alasan takutlah tak sempat ke apa kan. Kalau dah train x pakai pampers pastu pakaikan balik anak pun confuse sebenarnya boleh ke tidak ni kencing dalam pampers? Tu kadang dorang pun tak faham.

Khalisah jalan jauh penang jb cik zira tak pakaikan pampers. Tapi kena sentiasa berjaga. Bila ada toilet 2 3 jam sekali ke bawa khalisah gi kencing walaupun dia kata tanak. Bawa je kencingkan dia. Lepastu kurangkan bagi minum air atau susu.

Banyak kali jugak jalan jauh khalisah ok. Pampers pun memang takde.

Memang nak aja anak sesuatu mak sendiri kena tegas. Yelah akan ada orang cakap anak baru 1 bolehla. Tak kisahla tu. Asal kita tahu anak kita macam mana sudah la kan. Kita yang jaga anak sendiri. Orang luar memang boleh cakap apa je.

Oklah. Sedikit tips untuk hari ini. INGAT TAU! kalau dah train anak untuk tidak pakai pampers jangan sekali kali pakaikan pampers balik suh kencing dalam pampers. Jalan jauh pun sekarang hentian banyak. Takde masalah.

Lagi bagus bila train, mana pampers yang ada sume terus kasi orang. Tu lagi best.

Selamat mencuba ye ibu ibu hebat semua!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails