SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, April 28, 2016

Hanya mak mak je yang faham

Wahai para ibu sekalian, betul tak kata kata di bawah ni?



Kalau untuk cik zira, memang betul sungguh. Sangat tepat. Dan cik zira percaya ramai mak mak pun rasa benda ni kan.

Cik zira bukan jenis mak yang manjakan khalisah. Manja biar bertempat. Tapi bila salah buat silap memang kena betul betul la. 

Khalisah bukan kena sket sket dengan ibu dia. Khalisah kena teruk. Jerit jerit ni memang hari hari dah. Kena belasah pun teruk. Cuma sekarang ni cik zira dah boleh banyak bersabar. Jerit memang jerit tapi cuba elak tangan daripada naik. 

Kalau ibu sendiri marah pukul belasah khalisah teruk mana pun xpe. 

Tapi..

Orang lain siapa siapa pun tak boleh. Pantang betul. Sebab cik zira pun jenis bukan marah anak orang. Kecuali kat sekolah lah anak anak murid. Kalau anak anak sedara ke anak kawan kawan ke memang tak akan marah. 

Apa rasa bila anak kena marah dengan orang lain?

Rasa macam. Eh anak kita dia plak sibuk. Kita jaga susah susah kita tahula baik buruk anak kita. Gitula umpamanya. 

Babah dia marah pun cik zira boleh terasa hati. Tarik khalisah cepat cepat bawa masuk dalam bilik. 

Padahal bila kita sendiri buat bukan main lagi. Macam kena dera takpe pulak kan. Orang lain tak boleh.

Lumrah kot ea.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails