SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, May 14, 2016

Resipi : Roti Sosej Goreng

Ini cik zira expert. Sebab masa uum duk meniaga benda ni. Sardin roll dengan sosej roll. Seronok.

Baru baru ni beli roti sebungkus tak makan langsung. Maka buatlah roti sosej goreng ni bagi anak anak kat sekolah makan.

Bahan bahan:
1. Roti sebungkus
2. Sosej dibelah dua
3. Bancuhan tepung - tepung gandum, serbuk kunyit, serbuk perasa, serbuk lada hitam dan garam sedikit. Bancuh ikut kepekatan untuk salut roti.

Cara nak buat:

1. Gelek roti bagi leper.


2. Sosej yang dibelah dua rebus dahulu.


3. Sediakan bancuhan tepung untuk menggoreng.


4. Gulung sosej dalam roti. Salut dengan bancuhan tepung.


5. Panaskan minyak. Goreng roti sosej.


6. Siap. Makan dengan sos dan mayonis.



Makan panas panas ni memang enak! Inti sardin lagi sedap. Selamat mencuba!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails