SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, June 3, 2016

alkisah puzzles

Khalisah sejak beberapa minggu ni suka main puzzles. Dia minta belikan untuk dia. Dulu dulu suka sangat mewarna. Asek nak warna je. Belikan buku warna ngan crayon beso untuk dia. Tapi dah tak suka dah bosan kot mewarna. Sekarang zaman puzzles plak.

Cik zira belikan yang kecik kecik. Besar nanti dia tak mampu buat kang mengamuk tak siap. Nasib baik ada jual dekat kedai runcit india kat tesco. 1 set ada 3 puzzles tu rm5. Cik zira belikan 2 set khalisah pilih hello kitty ngan frozen.



Cik zira aja dia buat 1 1 dulu. 1 dah siap baru boleh cuba yang lain. Khalisah ni kurang sabar. Kalau tak dapat buat nanti dia stress mengamuk. Geram je ibu ngan dia. Kalau agak dia memang dah tanak buat nanti dia minta tolong ibu buatkan.

Kalau dapat buat sengih bukan main tunjuk hasil kat ibu. Ibu pun kena puji dia.

Ada 1 malam. Ibu duk buat keje. Skali ibu nampak dalam diam dia pergi cabut gambar puzzles tu. Apalagi mengamuk menjeritla cik zira 1 uma dengar.

Khalisah dah kelam kabut dah takut ntah apa dia buat alih alih dia tunjuk kat ibu.

Nah ibu. Dah tampal balik ni.



Ibu tak tahu nak gelak ke nak apa. Rupanya dia kelam kabut cari tak ada dia guna sticker tampal balik gamba puzzles yang dia gatal cabut tu. Hehe. Sticker pun jadi asalkan melekat agaknya dia pk.

Ibu dah habis marah ibu suruh amek gam ibu ibu tampalkan semula. Dasar tangan tak reti diam. Sume nak dirosakkan. Suka sangat buat ibu marah. Kan dah kena.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails