SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, July 24, 2016

setelah lama berkurung

Harini tadi ibu ngan khalisah berjaya keluar dari kurungan. Setelah seminggu lebih terkurung dalam rumah.

Khalisah dikuarantin sebab kena sakit tangan kaki mulut tu. HMFD yang memang senang berjangkit antara budak budak. Tak tahu dapat dari mana.

Bintik bintik dekat tangan kaki lepastu naik kat punggung badan sket. Bintik bintik khalisah cakap tak sakit sangat. Tapi paling teruk ulser penuh dalam mulut. Kat lidah bibir kiri kanan atas bawah. Kesian. Jerit nangis je sebab sakit sangat. Bayangkan kalau kita ni orang beso kena 1 je ulser pun sakit. Ini kan budak budak.

Nak minum nangis. Tekak pun sakit takleh telan. Nak makan tak boleh. 3 4 hari jugak khalisah tak makan.

Tapi alhamdulillah khalisah kuat dia tak demam. Sebab kalau demam lagi susah. Kena tahan wad. Ni kuarantin ibu jaga dekat rumah je. Maka CRK ibu pun hancur lebur macam tu je jaga khalisah. Habis dah cuti. Hukhuk.

Takpelah. Demimu anak.

Hari kelima ke keenam tak ingat dah lama sangat khalisah sakit, dia dah boleh makan. Ibu terkesima tengok dia makan banyak macam biasa. Khalisah ni kuat makan. Memang jenis makan nasi banyak. Sekali ditarik nikmat makan tu kesian dia. Bila dah dapat makan balik syukur sangat sangat. Aja khalisah cakap alhamdulillah terima kasih Allah.

Syukur.

Esok khalisah start sekolah balik sebab dah baik. Sebab tu tadi ajak khalisah gi queensbay makan lepastu sopin suar baju baru. Siap pau patung menan lagi. Takpela. Ibu pun dah lama tak belikan baju suar baru untuk khalisah.

Ibu teringin makan dekat siam express.
Suka thai carbonara spageti.


Khalisah tak sabar nak sekolah. Harap harap esok mood dia baik tak menangisla macam sebelum nak sakit haritu. Hari hari anta skola nangis. Rupanya nak sakit. Semoga lepasni jadi baiklah sekolah semula. Aamiin.

Anak ni kalau sakit mak mak la yang paling risau. Lagi lagi khalisah time sakit dia taknak langsung dengan babah dia. Ibu jadi stressla sume ibu sume ibu. Bila nangis memang kena jeritla suruh diam. Dahla sakit tapi kena marah. Padan muka sape suruh nak ibu je kan..

Takpela. Ujian Allah nak bagi. Dapat merasa dah anak kena sakit HMF ni. Masa umo setahun khalisah dah kena rota virus. Pun kena kuarantin sminggu tapi dekat spital. Habis jugak crk ibu jaga khalisah.

Ibu pun tak sabar nak masuk keje. Budak budak sminggu tak jumpa teacher dia. Dahla nak ujian ni. Harap harap sempat buat ulangkaji last minute.

Permudahkan segalanya Ya Allah. Berikan kesihatan dan kekuatan buat kami. Aamiin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails