SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, February 13, 2018

Alkisah cik zira dan skincare


SHARING POST
Assalamualaikum salam sayang buat semua. Harini cik zira nak share sesuatu yang amat penting untuk kaum perempuan isteri dan mak mak. Kita cerita pasal kulit muka. Sebab apa? Sebabnya kalau pergi mana mana sambil bercakap dengan orang, ada yang jenis merati je segenap lapisan kulit muka tu. Betul kan? Licin ke, jerawat ke, jeragat ke, parut ke, tepung gomak ke dan sebagainya.

Kulit muka cik zira jenis OK. Ok tu maksudnya bukan jenis bermasalah. 1 je masalahnya bila ada jerawat tangan gatal kopek jerawat tu. Memang akan tinggal part jerawat yang hitam hitam tu. Amek masa nak ok balik. Lain lain masalah takde.
Dulu dulu dulu guna pencuci dan krim fair & lovely je. Zaman anak dara. Lepastu upgrade pakai safi. Krim muka time tu temulawak. Sape pernah pakai? Memang zaman skola menengah hitam legam pakai krim temulawak tu secara konsisten muka elok makin cerah. Tu zaman skola menengah.

Sampaila ke tahun sebelum pegnenkan abdul khaliq, terbelilah dan terpakailah skincare tati tu. Oh tati! Memang hebat! Cerah berseri licin menawan sekejap aje. Sume tanya pakai apa. Sempatla pakai beberapa set. Siapa tak suka tengok muka sendiri licin putih cantik kan. Segala cela sume takde. Hebat! Sungguh hebat! Kalau tengok gamba yang atas dengan khalisah tu la time pakai tati. Parut segala sume hilang dengan pantas.





Tapi, mendung hujan di tengah hari. Start pegnen khaliq. Start stop pakai tati sebab alahan time tu malas nak pakai apa apa kat muka.

Masha Allah. Tuhan nak tunjuk. Muka memang TERUK. sepanjang hidup tak pernah muka jadi seteruk tu. Hodoh. Kulit muka penuh jerawat. Tapi seb bek la pegnen orang sume anggap pembawakan baby tu sebab tu muka teruk. Padahal... 😭😭😭

Terus buang sume tati tutu titut tu sume. Padahal baru beli set yang beso beso. Tak berani dah pakai. Tak lama lepas tu viral produk tu beracun. Memang muka akan cantik cepat sebab penuh bahan terlarang untuk muka. Nampak je produk tu kat mana mana terus jeling macam musuh gitu. Tapi pelik siap taja satu program lagi kat 1 stesen radio. Aduhai...

Kesimpulannya untuk produk ni dengan sewaktunya, korang kena bersyukur apa adanya kulit muka tu. Boleh cuba nak bagi cantik tapi berhati hati jangan sampai jadi macam cik zira. Banyak sangat produk macam ni.

Ok sambung lagi. Semput jap nak taip. Lepas beranak lepas beberapa bulan tertarik dengan produk elysian. Natural. Amek masa lama tengok testimoni sume takut terkena lagi. Cuba pakai. Sebelum tu memang dah guna serum elysian 3 botol rasanya. Ni tambah skincare dia. Memang natural dan kesan lambat. Tapi sebab muka jenis ok takde masalah sangat teruskan jela.
Dan cik zira sejenis keluar wajib pakai krim muka je. Bedak memang tak pakai sebab tak suka kecuali nak makeup baru pakai bedak. Krim elysian ok.

Sampailah dah boring. Beli safi rania. Pencuci dan esen muka dia. Campur pakai ngan elysian. Ikut mood nak pakai yang mana. Tapi dah banyak pakai safi rania jela.

Dan baru baru ni dah jumpa krim muka yang macam zaman skola menengah dulu krim temulawak. Tapi ni pearl cream dari sendayu tinggi. BEST! memang keluar gi keje gi jenjalan tepek pearl cream ni je. Gamba bawah dengan abdul khaliq tu memang pakai pearl cream semata. Parut jerawat memang ada biar jela kat situ. Hehehe



Kalau korang jenis sama macam cik zira tak suka pakai bedak ke foundation ke boleh try pearl cream sendayu tinggi ni. BB cream dia pun ok.

Tahun ni umo nak masuk 32 tahun. Tapi bab dalam luaran tetap nak jaga elok elok biar orang tengok wah anak 2 umo dah banyak tapi tetap macam muda je. Eceh! Mesti sume orang pun nak macam tu kan kan.

Ok dahla. Ada ke rajin baca sampai habis. Ni tulis pepanjang sebab nak tepek dalam blogspot sekali 😅😅😅



KESIMPULAN AKHIR, jagalah kesihatan kecantikan diri sendiri. Korang suka tengok orang cantik kan. Jadi sama jugak nak cantik nak sihat asingkan duit untuk diri sendiri. Paling penting elakkan minum manis tapi minum air kosong 2-3 liter sehari. Sangat membantu dalaman dan luaran jugak.

P/S : tahi lalat bawah hidung tu sebenarnya sebelah kanan tau 😂

1 comment:

Unknown said...

So campur produk skincare boleh ke

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails