SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, February 28, 2018

Bila tengok pampers dan susu murah



Korang ada tak perangai gini? Dekat rumah padahal ada lagi 4 bungkus pampers boleh tahan 2 3 bulan lagi. Ada susu 3 bungkus. Tiba tiba pergi tesco. Masuk je tesco nampak offer pampers. Tengok belek harga. Petpet harga ahli RM26.90. MURAH! Amek 1. Jalan. Stop kejap. Susah nak dapat harga macam ni ni. Patah balik. Amek lagi 1. Jalan depan sket drypantz plak. Pek kembo RM59.90. Tengok kejap fikir. Renung. Kalau ikutkan sebungkus RM30 jugak. Still mahal la kan. Dah masuk trolley keluarkan balik. Jalan. Stop. Isyh tapi ada dapat free beg cantik warna merah. Beg tu je dah berapa. Ok sangat harga tu. Patah balik masukkan balik dalam trolley. Ni shopping dengan khalisah khaliq tau beli barang rumah. Ibu dia duk macam orang tak betul beli pampers 😅 




Bab susu plak. Offer lagi RM18.88. Amek lagi 3 bungkus je. Sebab haritu dah beli 6 bungkus. Cakap dalam hati jangan tamak jangan tamak. Tapi harga ni murah sangat dah. Kalau tak paling murah RM20.
Takpe. Tak lama dah lagi nak buat kerja macam ni. Kalau si adik sama macam si kakak umo 2 tahun setengah dah tak pakai pampers, sebelum 3 tahun dah tak susu botol, dah tak buat dah keje ni. Jimat dah pastu. Jimat tang sini jela. Tang lain sama gitu jugak 😧

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails