SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, May 12, 2019

mamee spicy chicken black noodles 7eleven

cik zira sejenis sangat suka makan makanan pedas. ada je makanan pedas yang viral cik zira akan usaha cari nak cuba. kalau kena dengan tekak dan mencabar tahap kepedasannya tu lagilah cik zira suka.

so far, setakat ni paling suka ialah maggiepedasgiler. memang dekat rumah akan sentiasa ada stok sebab bila bila teringin boleh terus makan. sebulan dua kali lah gitu wajib makan bila teringin.

dan masa viral dekat fb dan ig pasal mamee daebak punya spicy chicken ni, cik zira pun apa lagi mencari la terus gi 7eleven. harga dia tak silap RM5.80 satu bowl saiz standard tu.

beli 1 je dulu sebab walaupun suka pedas cik zira takut jugak kalau pertama kali nak cuba makan. katanya pedas tak tipu bukan pedas main-main.

balik terus masak, cuba makan.



SERIUS. PEDAS TAK TIPU. PALING PEDAS antara semua makanan pedas cik zira cuba. tapi sedap ada rasa walaupun megi dia warna hitam. dulu ada skali mamee jugak keluarkan spicy chicken yang bekas warna merah tu kan alahai yang tu tak pedas langsung lahai.

tapi yang ini, peh cik zira suka. walaupun meleleh air hidung sume tetap nak habiskan. tapi serius pedas. best tetap best.

kalau siapa kuat pedas, memang kena cuba yang ini. sebabnya cik zira kalau suruh makan lagi sekali pun fikir dulu nak ke tanak.

kalau maggiepedasgiler memang ada je stok dekat rumah, yang ini memang rasanya sekali tu jela cuba. sebab memang pedas. paling pedas antara semua megi dan samyang yang cik zira dah try. TAPI BEST. korang kena cuba kalau berani. hehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails